Skip to playerSkip to main content
Jurutera didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar

Seorang jurutera duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, pada Jumaat, atas tuduhan merakam video bogel bekas kakak ipar menggunakan sebatang pen kamera di dalam tandas rumah bekas isterinya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723608/berita/semasa/jurutera-didakwa-rakam-video-bogel-bekas-kakak-ipar

#SinarHarian #BeritaSemasa #rakamanvideo #Mahkamah
Transcript
00:00Seorang jurutera Duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Melaka pada Jumaat atas tuduhan merakam video bogil bekas kakak Ipar menggunakan sebatang pen kamera di dalam tandas rumah bekas istrinya.
00:12Bapa kepada dua cahaya mata itu membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Magistrat Nurul Ashikin Rosli.
00:20Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa hendak mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 40 tahun dengan cara merakam video menggunakan pen kamera tersembunyi dalam keadaan bogil.
00:33Kesalahan itu dilakukan dalam bilik air di sebuah rumah di Tanjung Keling, Melaka kira-kira jam 2 petang pada pertengahan Jun tahun lalu.
00:42Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai sebutan semula kes.
00:50Pada Isnin lalu Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki diburu polis selepas disyaki merakamkan video isteri, kakak Ipar dan anak saudara mandi menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen.
Comments

Recommended