00:00Dato' Yanni Pertua, pada masa ini Session 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
00:08ataupun Akta 588 adalah antara peruntukan sedia ada yang boleh dikuatkuasakan
00:14bagi menangani sebarang aktiviti kemudaratan dalam talian.
00:18Peruntukan ini hanya akan dikuatkuasakan sekiranya terdapat kandungan dalam talian
00:25yang dikenalpasti bersifat lucah, sumbang, pausu, mengacap atau jelik
00:31dengan niat untuk menyakitkan hati, menaniaya, mengugut atau mengganggu orang lain.
00:38Tindakan pengkuatkuasan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC
00:44adalah berdasarkan pemantauan proaktif serta aduan yang diterima daripada orang awam
00:52dan juga permohonan daripada agensi pengkuatkuasaan lain.
00:56MCMC akan menjalankan siasatan secara terus terhadap kandungan yang diadukan
01:02dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Pengkuam Negara bagi tindakan pendawaan.
01:10Dalam usaha untuk memastikan peruntukan Session 233 atau 588 selari denganlah perkembangan semasa,
01:19MCMC proaktif dalam menjalankan sesi libat urus yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan
01:27antara lain dari kalangan pemain industri, kementerian dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri
01:36serta organisasi bukan kerajaan.
01:39Setakat tahun 2024, beberapa sesi libat urus telah dijalankan oleh MCMC antara lain
01:47termasuk cadangan berhubung pindaan kepada Session 233.
01:52Malum balas daripada sesi libat urus tersebut telah diambil gira dalam memutabatkan cadangan pindaan kepada Akta 588
02:00di mana penelitian dan kajian yang terperinci telah dilaksanakan oleh MCMC dan Kementerian Komunikasi
02:08bagi memastikan skop dan penggunaannya adalah lebih jelas dan tidak disalahgunakan
02:15dan bagi memastikan penguatkuasaannya dapat menangani kemudaratan dalam talian
02:21cadangan pindaan kepada Akta 588 termasuk cadangan pindaan kepada Session 233
02:27dihasratkan untuk dibentangkan di Parlimen dalam mesyuarat kali ini tertanggung kepada kelulusan Jemaah Menteri.
02:35Kementerian Komunikasi dan MCMC juga telah mengadakan beberapa mesyuarat penyelarasan
02:41denganlah bahagian Hawaewah Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Bayu
02:45bagi memastikan tiada pertindahan antara ruang undang-undang keselamatan dalam talian ataupun umsah
02:52dan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 588 termasuk dalam konteks pemakaian Session 233.
02:59Kementerian Komunikasi bersama-sama Kementerian lain yang berkaitan akan meneliti dengan sewajarnya keperluan
03:08sama ada untuk meminda dan menambat baik undang-undang sedia ada atau mewujudkan undang-undang baharu
03:14untuk mengekalkan aktiviti memudaratkan di dalam talian.
03:18Sekian jawapan saya. Terima kasih, Datuk Semua.
03:20Baiklah, terima kasih. Saya menyembah baik jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri
03:28tentang hasrat kerajaan untuk mengkaji dan juga jika ada meminda secara menyeluruh untuk Akta ini.
03:35Saya nak tanya, apakah pelan ataupun langkah kerajaan untuk memastikan akta-akta seperti ini
03:43tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat dan juga tadi Timbalan Menteri ada menyebut tentang libat urus yang dibuat.
03:50Boleh saya tanya secara terperinci apakah libat urus dengan siapa dan supaya kita tahu bahawa pindaan tersebut akan lebih menyeluruh.
04:00Jadi itulah soalan saya. Terima kasih.
04:02Terima kasih, Bapak Menteri.
04:04Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, ahli yang berhormat atas soalan tambahan tersebut.
04:09Untuk maklumat yang berhormat, sesi libat urus sebenarnya telah bermula pada tahun 2023,
04:16khasnya pada bulan Oktober dan juga pada bulan November secara keseluruhan tentang pindaan kepada Akta 588 secara keseluruhan.
04:26Dan kami juga telah buat sesi libat urus dengan bahagian kaunsel dan juga beberapa orang ahli parlimen pada 8 hari bulan Ogos tahun ini,
04:37khasnya untuk bincang tentang pindaan yang boleh kita buat untuk menambah baik sesi 233.
04:44Setakat ini, draft untuk pindaan, untuk memindah Akta 588 ini telah dapat kelulusan daripada AGC
04:54dan kami telah buat edaran kepada kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi.
04:59Kalau dapat, selepas dapat ulasan daripada mereka, kami berhasrat untuklah bentang di Jemaah Menteri untuk dapat kelulusan Jemaah Menteri sebelum kami bentang di Parlimen.
05:09Dan selepas RUU tersebut dibentang di Parlimen, kami akan buat sekali lagi sesi libat urus dan juga sesi talimat dengan semua ahli-ahli yang berhormat.
05:19Sekian jawabannya. Terima kasih.
05:21Yang berhormat, Kuala Kerau.
05:23Terima kasih, Speaker.
05:25Sanggupkan dengan Kuching tadi, ada dua persoalan yang saya ingin timbulkan.
05:29Pertama sekali, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menjadikan Jatankuasa Siasatan kepada pelanggaran Akta ini benar-benar bertindak datar dasar undang-undang, bukan kepada bias dengan sebab-sebab bias lah, satu.
05:46Yang keduanya, apakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan moratorium sebelum ianya dibentang di Parlimen, pelaksanaan moratorium sementara ia dibentang dan diluluskan.
06:00Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan itu? Terima kasih.
06:03Yang berhormat, Menteri.
06:04Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, ahli yang berhormat atas dua soalan yang sangat bagus tadi.
06:10Pertama, saya jawab soalan kedua dulu.
06:12Setakat ini tak ada cadangan tersebut, kerana kita nampak bahawa memang ada kes-kes yang wajar juga dibawa ke mahkamah.
06:24Saya hanya mungkin lah di sini boleh kongsi satu dua contoh.
06:28Pertama adalah tentang kematian inferencer Esa.
06:32Pemandu Dori yang didakwa di mahkamah juga disiasat dan juga didakwa di bawah sesian 233.
06:41Dan akhirnya, mahkamah jatuh hukuman untuk penjara 12 bulan terhadap pemandu Dori tersebut.
06:48Jadi saya rasa bahawa kalau kita cakap bahawa kita nak berhenti menggunapakai sesian 233,
06:56sampailah kita dapat kelulusan ataupun buat pindaan di Parlimen, juga tak berapa praktikal.
07:02Ini adalah satu-satu kes lagi juga Adeline Chang.
07:06Beliau buat hantaran jelek mengenai seorang budak yang baru umurnya lima tahun saja.
07:11Outlook gambar dia dengan hantaran yang cukup jelek.
07:14Dan juga dia, Adeline Chang ini juga didakwa di bawah sesian 233 dan dia dapat hukuman denda RM7,000.
07:23Jadi saya rasa kes-kes memang ada kes-kes yang wajar dibawa ke mahkamah.
07:29Jadi pada masa yang sama, isu ataupun kerisauan kita semua adalah bagaimana kita nak pastikan bahawa
07:35sesian 233 ini tidak disalah guna.
07:38Jadi saya rasa check and balance adalah sangat-sangat penting untuk semua pihak, untuk semua penguatkuasa.
07:44Siasatan boleh dijalan oleh MCMC, boleh juga dijalan oleh PDRM.
07:50Tetapi selepas itu kami akan hantar kertas siasatan kepada AGC.
07:55AGC penguat negara yang akan buat keputusan sama ada akhirnya kes ini akan didakwa di bawah ke mahkamah
08:01ataupun hanya bagi amaran.
08:03Dan akhirnya kita juga ada hakim-hakim yang duduk di mahkamah untuk jatuhkan hukuman atau melepaskan OKT tersebut.
08:12Jadi saya rasa ini adalah built-in punya sistem yang untuk pastikan bahawa
08:17apa-apa kuasa yang diberi kepada sesuatu penguatkuasa tidak disalah gunakan.
08:21Sekian jawaban saya. Terima kasih.
08:24Terima kasih.
Comments