00:00and Ben Johan Bangi.
00:30Terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588.
00:45Dalam hubungan ini, selari dengan agenda reformasi institusi yang digagaskan di bawah Kerajaan Madani,
00:51Kerajaan pada tahun lalu telah meminda Seksyen 233 Akta 588 dengan menggantikan perkataan jelik kepada perkataan jelik melampau
01:00dengan meletakkan tanda aras yang lebih tinggi melalui enam huraian untuk menjadikan ia sebagai satu kesalahan.
01:08Sepertimana diketahui, Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah memutuskan bahawa perkataan jelik dan menyakitkan hati
01:14di bawah Seksyen 233 Akta 588 adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
01:22Walaubagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan tersebut hanya terpakai kepada peruntukan Seksyen 233 sebelum pindaan Akta 588.
01:31Pihak Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan ini dan telah meneliti dari segi aspek perlembagaan serta undang-undang
01:38dan atas nasihat Jabatan Peguam Negara, pihak Kerajaan kini telah memfailkan permohonan kebenaran rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
01:47Memandangkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kini sedang dalam proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan,
01:53adalah wajah semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum membuat apa-apa pendirian
01:58tentang elemen jelik dan menyakitkan hati dalam peruntukan Seksyen 233 Akta 588 sebelum pindaan.
02:07Proses kehakiman ini perlu dihormati semua pihak untuk mengelakkan sebarang spekulasi
02:12yang boleh mengganggu keputusan Mahkamah Persekutuan dan juga isu subjudis dengan izin.
02:18Terima kasih.
02:18Terima kasih.
Comments