SITI MARIAM JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • 9 bulan lalu
SITI MARIAM JAWAB SOALAN CEPUMAS

BUKAN mudah untuk menikmati hidup senang-lenang tanpa kerja keras. Itu dibuktikan Siti Mariam Abdul Samad yang berjaya membawa jenama Faith Fleur dan Leaf ke mercu kejayaan.

Buktinya, Siti Mariam berjaya meraih pelbagai pengiktirafan seperti Nona Best Accomplishment Business Award 2020, Nona Best Hair Care Product Award 2020, Consumer's Choice Award 2020 dan banyak lagi.

Ketika diwawancara sebagai penghias muka depan SinarPlus, banyak topik yang dibicarakan termasuklah kisah jatuh bangun beliau, cabaran menaikkan nama label dan lain-lain perkara.

Menariknya, menerusi sesi soalan cepumas yang SinarPlus lontarkan, usahawan berjaya itu juga teruja berkongsikan pencapaian terhebat yang pernah dilakarkan dalam hidupnya.

Selain berbicara tentang watak impian jika diberi peluang untuk membintangi drama Melayu, anak jati Pahang berkongsikan ketakutan paling besar dalam hidupnya. Apakah ia?

Empunya diri juga memiliki pandangan tersendiri tatkala ditanya tentang populariti dan glamor untuk melariskan bisnes. Ingin tahu lebih lanjut jawapan ringkas dan padat beliau? Ikuti video pendek ini.

Personaliti: SITI MARIAM ABDUL SAMAD (@sitimariamsamad)
Wartawan/Teks: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR (@asrilaswandi)
Solekan: NADIA NORDIN (@makeupbynadianordin)
Busana: LEAYNA.CO (@leayna.co) dan SITI MARIAM ABDUL SAMAD (@sitimariamsamad)
Penata gaya: SHAM MAHAT (@annarchy96)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Lokasi: STUDIO A, SINAR KARANGKRAF, SHAH ALAM, SELANGOR

#fyp #fypシ゚viral #fypシ #coversinarplus #personalitisinarplus #sinarplus #sitimariamabdulsamad #faithfleur #Leaf #lifestylesinarplus