MARION CAUNTER JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • 8 bulan lalu
MARION CAUNTER JAWAB SOALAN CEPUMAS

JIKA wanita lain berada di posisi beliau, pasti sudah selesa duduk goyang kaki di rumah atau keluar bershopping tanpa perlu bersusah payah untuk bekerja.

Namun, permaisuri hidup kepada taikun bisnes Malaysia, SM Nasarudin SM Nasimuddin bukan begitu orangnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak betah duduk diam.

Bagi yang mengenali dirinya pasti tahu Marion Caunter cukup terkenal dan boleh dianggap ikon fesyen.

Namun bagaimana pula karakter beliau ketika di rumah?

Apa agaknya menu air tangan beliau yang menjadi kesukaan suami dan anak-anak?

Selain itu, pemilik nama sebenar Marion Rose Caunter Abdullah itu turut berkongsi rahsia atau sisi karakter beliau yang ramai tidak tahu.

Menerusi perkongsian bersama SinarPlus baru-baru ini, anak kelahiran Pulau Mutiara tersebut mengakui anak-anak cukup mengidolakan dirinya.

Agaknya, zuriat yang mana satu memiliki persamaan dengan dirinya?

Segala soalan terjawab menerusi video ini. Nak tahu, jom tonton sama-sama.

Personaliti: MARION ROSE CAUNTER(@marioncaunter)
Teks/video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)

Disyorkan