DAI SYED & HANA ISMAIL JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • 11 bulan lalu
DAI SYED & HANA ISMAIL JAWAB SOALAN CEPUMAS

Kalau sudah jodoh, tak ke mana. Pertemuan merpati sejoli ini dalam satu majlis ilmu mencambahkan perasaan cinta di antara Da'i Syed dan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail.

Bersatu sebagai suami isteri yang sah pada 3 Disember lalu, kebahagian kedua-dua anak kelahiran Perlis itu cukup dirasai.

Malah, sambutan Aidiladha pada kali ini pastinya lebih bermakna buat mereka berdua.

Berpeluang mewawancara pasangan tersebut baru-baru ini, SinarPilus mencungkil tentang reaksi kedua-duanya sewaktu pertama kali bertentang mata.

Selain itu, Dai Syed turut berkongsi apakah menu pertama air tangan isteri kesayangannya itu?

Pada masa sama, Hana turut mendedahkan sifat sebenar suami kesayangannya itu selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Jawapannya memang comel sangat.

Nak tahu segalanya, jom tonton video ini.

Personaliti: SYED SHAH IQMAL SYED MOHD SHAIFUL(@daisyed_) & NURULHANA ISMAIL (@hanaalmauzah)
Wartawan/Teks: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Juruvideo: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news

Disyorkan