Iman Zulkarnain Jawab Soalan Cepumas

  • 10 bulan lalu
Iman Zulkarnain Jawab Soalan Cepumas

STATUS duda yang disandang beliau selepas kegagalan dua perkahwinan tidak membuatkan anak wayang bernama Iman Zulkarnain serik atau trauma untuk mencari pengganti.

Pun begitu, fokus beliau kini lebih terarah kepada membina kerjaya sebagai pelakon di samping meneruskan impian untuk kembali aktif dalam dunia bisnes.

Menerusi rakaman sesi penggambaran baru-baru ini, SinarPlus berkesempatan 'mengorek' pandangan beliau apabila segelintir pihak memanggilnya dengan gelaran 'duda hot'.

Malah, Iman turut memberi reaksi seandainya ada wanita yang mengajaknya berkahwin dalam masa terdekat ini. Memang win sangat!

Seperkara, anak saudara kepada Allahyarham Ridzuan Hashim itu juga mempunyai perangai pelik yang orang ramai tidak tahu. Apakah agaknya, ya?

Segalanya terjawab dalam video ini. Jom tonton sama-sama.

Personaliti: NUR IMAN ZULKARNAIN (@imanzulkarnain91)
Teks/ Suntingan video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)