Berkerusi roda tak halang Borfield sertai Festival Sandakan

  • 9 bulan lalu
Minat dan hobi suka memancing sejak kecil lagi, tidak menghalang seorang peserta golongan orang kurang upaya (OKU) memeriahkan pertandingan memancing sempena Festival Sandakan 2023 di Sandakan Harbour Square.

Menurut Borfield @ Lim Ramsan, 55 tahun walaupun berkerusi roda dia tetap bersemangat menyertai pertandingan memancing seperti juga orang lain.