UN-Habitat | Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM

  • 2 tahun lalu
Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dalam semua Program Anjuran UN-Habitat yang berperanan menyelaras program serta aktiviti berkaitan petempatan manusia selain memastikan persekitaran hidup berkualiti dapat dicapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia juga berhasrat memainkan peranan sebagai ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat mewakili Asia Pasifik agar penglibatan negara dalam agenda perbandaran mampan dapat diketengahkan.