Serpihan Roket | Dua keluarga diarah kosong rumah, bimbang radioaktif

  • 2 tahun lalu
Dua keluarga diarah mengosongkan rumah oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah kerana bimbang akan kesan radioaktif berikutan penemuan objek asing berdekatan kediaman masing-masing.

Tindakan itu diambil bagi mempermudah siasatan kerana bimbang, objek yang jatuh itu dipercayai serpihan Roket Long March 5B China.