00:00Pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13 menjadi pilihan raya negeri pertama negeri itu yang menyaksikan individu berusia 18 tahun
00:08layak mengundi.
00:09Ia selepas pelaksanaan undi 18 yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2021 menyaksikan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada
00:1918 tahun.
00:20Selain pelaksanaan sistem pendaftaran pemilih secara otomatik, wartawan dan juga rakan setugas Farhan Hakimi dan jurukamera Nurfahmi Madazah meninjau sentimen
00:29dan aspirasi kelompok itu di Miri.
00:31Teruskan Farhan dengan laporan.
00:39Baik terima kasih Irfan di Bukit Jalil.
00:42Seperti yang Irfan katakan, saya masih lagi berada di Miri untuk meninjau perjalanan pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13.
00:48Dan secara tepatnya, saya berada di Taman Bulatan Miri untuk melihat salah satu kegiatan anak muda di sini.
00:55Seperti yang anda lihat di belakang saya ini.
00:57Baik, semalam saya berkongsikan mengenai kisah kemajuan Miri yang dipacu terutamanya oleh sektor minyak dan gas.
01:03Tapi kalau kita lihat landscape ekonomi di Miri pada hari ini, pelbagai peluang sudah pun diwujudkan susulan kerencaman aktiviti ekonomi
01:14di sini.
01:15Dan ini sekaligus membuka peluang kepada bukan sahaja anak muda di Miri tetapi juga di kawasan sekitarnya ataupun di bahagian
01:22utara Sarawak secara keseluruhannya dalam bidang ekonomi mahupun pendidikan.
01:27Dan ini sekaligus membentuk demografi yang cukup menarik untuk kita perhatikan menjelang PRN Sarawak ke-13.
01:34Dan PRN kali ini juga seperti yang Ifan nyatakan tadi menjadi pilihan rakyat negeri pertama di Sarawak yang menyaksikan pengundi
01:41berusia 18 tahun ke atas.
01:43Boleh menggunakan hak demokrasi mereka untuk mengundi menerusi pelaksanaan undi 18 dan juga pendaftaran pemilih otomatik.
01:50Ini kerana kalau kita lihat pada PRN Sarawak yang lalu, sistem ini tidak dapat dilaksanakan berikutan penggunaan daftar pemilih yang
01:57diperakui sebelum tindakan ini berkuat kuasa.
02:02Dan kalau saya boleh kongsikan secara datanya di bawah Parlimen Miri ini ada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Pujud,
02:10Piasau dan juga Senadin.
02:11Dan pada PRN kali ini Senadin merekodkan jumlah pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun paling ramai di Sarawak iaitu
02:20seramai 6,119 orang.
02:24Ini menurut statistik daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Rakyat SPR setakat 25 Oktober lalu.
02:30Dan secara keseluruhan pula Sarawak mencatatkan jumlah pengundi dalam kelompok umur yang sama seramai 126,712 orang bersamaan kira-kira
02:426.15% daripada lebih 2 juta pengundi berdaftar di Sarawak.
02:47Dan perkembangan ini menarik perhatian saya dan jurukamera Nurfah Mimad Asha untuk turun ke lapangan bertanyakan Jan Z dalam kelompok
02:55umur ini mengenai apa aspirasi dan juga harapan mereka menjelang PRN Sarawak kali ini.
03:01Ini antara sedutan mengenai apa yang disuarakan kepada kami. Kita dengarkan.
03:09Sebagai pengundi pertama, saya memang rasa teruja, sangat teruja untuk mengundi pada kali pertama.
03:17Dan harapan saya agar calon yang akan diundi pada PRU yang akan datang akan terus giat dalam menaik taraf kawasan
03:35kami.
03:36dan juga memberi lebih banyak peluang kepada anak muda untuk terus teruja dalam MIRRI.
03:51Terutamanya dalam MIRRI.
03:57Dari segi perasaan itu, happy lah kita dapat nak hulurkan walaupun tak banyak untuk tolong generasi seterusnya.
04:10Perasaan saya pertama mengundi ini, rasa nervous lah juga kan.
04:16Bahawa pertama kali mengundi, bahawa tak tahu nak undi siapa kan.
04:19Belum tahu tengok apa lagi kan.
04:21Tetapi harapan saya, harapan saya pula untuk mengundi kali ini, saya mengharap
04:31orang yang saya undi itu, dia dapat memberi perubahan dan menambahbaikan lah untuk MIRRI inilah.
04:45Baik itu antara suara-suara pengundi baru di Sarawak, terutamanya di MIRRI
04:49dan suara-suara mereka juga tidak kalah penting dengan pengundi-pengundi dari kelompok umur yang lain.
04:56Kerana mereka juga mempunyai aspirasi tersendiri dan tentunya aspirasi mereka juga berbeza-beza di setiap kawasan.
05:03Dan tentunya saya bersama dengan jurukamera tidak hanya berada di MIRRI untuk meninjau cerita-cerita rakyat dan sebagainya.
05:10Pada esok hari 28 November, kami akan ke Berkenu lebih kurang satu jam kalau drive dari kawasan MIRRI ini
05:19untuk kami melihat persaingan politik di sana.
05:24Yang mana kita tahu di Berkenu, GPS menampilkan calon paling muda daripada gabungan itu
05:31iaitu saudari Nurfatin Syafawani Tahamat yang mengambil alih pencalonan daripada Datuk Rozi Yunus
05:37dan merupakan antara 11 muka baharu dalam senarai 82 calon GPS yang diumumkan pengerusi gabungan itu
05:45Tan Sri Abang Johari Tun Oping.
05:47Dan difahamkan seperti yang saya nyatakan tadi, beliau merupakan calon termuda dalam GPS ini.
05:53Dan tentunya ini adalah salah satu perkembangan yang cukup menarik untuk kita perhatikan
05:57dari segi persaingan politik dan juga cerita-cerita rakyat yang lain berkaitan dengan anak muda di kawasan-kawasan sekitar MIRRI
06:06ini.
06:07Dan tentunya saya dan juga rakan-rakan setugas akan terus bersama anda membawakan liputan daripada lokasi kami
06:13dari semasa ke semasa.
06:16Untuk waktu ini kita kembali ke rakan setugas Irfan di Bukit Jalil.