• 3 minutes ago
Antara perkara yang dibangkitkan termasuk isu melibatkan buruh paksa serta lebihan kapasiti yang dikaitkan dengan lambakan produk dan barangan.
Transcript
00:00Jemaah Menteri bersetuju memperluaskan 17 inisiatif keselamatan yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri KDN dan Kementerian Pengangkutan, MOT, kepada Kementerian Pertahanan
00:11Mindef, termasuk membabitkan di pengkaran udara bagi memperketat kawalan keselamatan.
00:17Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata keputusan itu susulan kes tangkapan sejumlah anggota dan pegawai tentera udara di Raja
00:24Malaysia, TUDM, berkaitan kegiatan dadah baru-baru ini.
00:2817 inisiatif itu dilihat memberi kesan yang baik terutama untuk mengesan pihak-pihak yang ingin menyalahgunakan saluran ataupun laluan tersebut.
00:42Tapi ia tidak termasuk pengkalan-pengkalan udara dan juga fasiliti-fasiliti, premis-premis yang diselenggara diuruskan di bawah pentadbiran Kementerian
00:57Pertahanan.
00:57Maka, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa 17 inisiatif yang dilaksana antara KDN, MOT akan diperluas untuk melibatkan juga pihak Mindef.
01:11Pengkalan udara semestinya akan di bawah jagaan pihak Mindef tapi inisiatif-inisiatif ini akan dikembangkan untuk dilaksana oleh pihak Mindef.
01:21Mengulas tempoh pelaksanaan inisiatif itu, Fahmi berkata kerjasama antara KDN, MOT dan Mindef perlu dilaksanakan segera bagi menutup kelompangan keselamatan
01:32yang wujud.
01:32Jelas Menteri Komunikasi itu lagi, siasatan terhadap kes membabitkan pegawai dan anggota TUDM yang ditahan mendapati kegiatan berkenaan dipercayai telah
01:41berlaku sejak 2024.

Recommended