• 4 minutes ago
Pengalaman 33 tahun dalam perkhidmatan awam menjadi sandaran calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, Cerisologo Sabut, perkukuh pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan itu.
Transcript
00:00Seterusnya, pengalaman 33 tahun dalam perkhidmatan awam menjadi sandaran calon GPS bagi kerusi Dun Pelagus Cerisologo Sabut memperkukuh pembangunan sosioekonomi
00:11dan infrastruktur di kawasan itu.
00:13Ujarnya pengalaman dalam pentadbiran kerajaan termasuk berkhidmat sebagai pegawai daerah Kapit dan Kenawit diakini dapat membantunya memahami keperluan serta cabaran
00:22pembangunan masyarakat setempat.
00:25Pertama, aspek pertama yang saya akan melihat nanti adalah aspek untuk pembangunan sektor sosioekonomi di Kapit.
00:33Itu merupakan satu perkara yang bagi saya yang patut diambil titik beratkan.
00:39Dan selain daripada itu, kita akan bercakap tentang infrastruktur, utiliti dan sebagainya.
00:46Dan bagaimana saya buat itu, dari strategi kita nanti saya akan turun ke Padang dan kita akan berbincang dengan ketua
00:55masyarakat, NGO dan begitu juga dengan semua hal-hal yang berkaitan di peringkat Pelagus.
01:03Beliau berkata perancangan itu akan dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu jangka pendek dalam tempoh satu hingga dua tahun, jangka sederhana
01:13sehingga tiga tahun dan jangka panjang antara lima hingga sepuluh tahun.
01:17Jelasnya pendekatan berasaskan data turut menjadi keutamaan bagi memastikan setiap perancangan pembangunan lebih inklusif dan menepati keperluan masyarakat.
01:27Pada PRN12, Dun Pelagus dimenangi Wilson Nyambung Ijang menewaskan calon parti Sarawak Bersatu PSP Christopher Newak Bajo, Solomon Kumbung DAP,
01:37Nyambung Sibat Parti Bumi Kenyalam PBK dan Moses Ripai Parti Bangsa Dayak Sarawak Baharu PBDSB.

Recommended