00:00Dua warga Itali maut dalam serangan drone ke atas sebuah kemudahan penting di Kuwait pada Khamis.
00:07Itali dan Kuwait mendakwa serangan itu dilakukan Iran namun Teheran menafikan sebuah perlibatan.
00:15Menteri Luar Itali Antonio Tayani berkata kedua-dua mangsa ialah Juru Teknik Rheon Metal Italia, unit syarikat pertahanan Jerman Rheon
00:23Metal.
00:24Mereka berada di sebuah stesen pengawasan pertahanan udara di Kuwait ketika lokasi itu didakwa disasarkan drone Iran.
00:31Kementerian pertahanan Kuwait mengesahkan kedua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan.
00:36Pihak berkuasa pada mulanya melaporkan empat individu cedera terkena serpihan yang jatuh selepas kemudahan berkenaan diserang.
00:43Dua lagi mangsa yang cedera ialah warga Kuwait dan Pakistan manakala serangan itu turut menyebabkan kerosakan harta benda.
00:49Juru cakap kanan Angkatan Tentera Iran Abu Fal Shekarshi menafikan Iran menyerang kemudahan berkenaan.
00:56Beliau menegaskan tiada operasi serangan atau ketenteraan dilakukan Angkatan Iran di rantau itu.
01:02Kedutaan Iran di Rom turut menafikan secara tegas dawaan serangan drone Iran ke atas sebuah tapak tentera di Kuwait.