Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata tindakan saman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Google susulan kelewatan pihak Google dan YouTube mengambil tindakan terhadap aduan kandungan judi dalam talian.

Malah, terdapat aduan yang mengambil masa lebih 90 hari untuk diproses, dengan sebahagiannya masih belum menerima sebarang status tindakan meskipun kandungan dilaporkan bersifat berulang dan serupa.

#AWANInews
Transcript
00:00Bagi isu kenapa pihak MCMC telah saman Google
00:08di atas isu lambatkan kandungan memudaratkan di platform YouTube
00:16sebenarnya proses telah berjalan dengan agak panjang
00:24dan seperti yang umum sedia maklum
00:29ia melibatkan dan seperti saya telah maklumkan dalam satu sidang media
00:35di Meetek beberapa hari yang lalu
00:40pada hari Rabu baru-baru ini
00:43ia adalah kerana terdapat sejumlah kandungan yang pihak
00:50berkait dengan judi dalam talian
00:51yang pihak YouTube khususnya dan Google Amnya
00:56sangat culas dan sangat lewat
00:59untuk mengambil tindakan
01:00ada yang mengambil masa lebih 90 hari
01:02ada yang sehingga ke hari ini tidak diketahui apa statusnya
01:06walaupun the nature of the content adalah bersifat berulang
01:11kebiasaannya pihak MCMC bila difilkan satu-satu kandungan
01:16biasanya dia adalah kandungan yang serupa
01:20berkait dengan judi dalam talian
01:22tapi pihak Google, pihak YouTube masih mengingkari
01:26maka ini satu langkah yang MCMC telah pilih untuk memastikan
01:31dari segi kepatuhan pihak YouTube kepada kerangka
01:38kawal selia yang ada
01:40itu dilaksana dengan baik
01:42jadi kita serah kepada perbincangan
01:45ataupun sebab dah di-file di mahkamah
01:48maka kita serah kepada proses itu
01:50selamat menikmati

Recommended