00:00Microsoft mengesahkan gangguan perkhidmatan berskala besar yang menjejaskan platformnya berpunca daripada masalah teknikal dan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti serangan
00:09cyber, kecedasan buatan AI atau agent AI.
00:12Syarikat teknologi itu dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan gangguan berkenaan berpunca daripada masalah asas yang diperkenalkan ketika kerja menaik
00:20taraf kapasiti rangkaian sebelum ini sebelum tercetus susulan perubahan rangkaian terbaru.
00:30Microsoft berkata masalah itu telah diselesaikan dengan sebagian besar perkhidmatannya kembali pulih dan beroperasi secara stabil.
00:36Bagaimanapun, usaha pemulihan masih diteruskan bagi memastikan semua pelanggan dan wilayah yang terjejas kembali mendapat akses sepenuhnya.
00:43Syarikat itu terut memohon maaf kepada pelanggan serta rakan niaga atas gangguan yang menjejaskan operasi mereka.
00:49Menurut Microsoft, pihaknya memahami kepercayaan yang diberikan kepada pengguna terhadap perkhidmatannya dan memandang serius tanggungjawab berkenaan.
00:56Syarikat itu berkata pemulihan dilakukan secara berperingkat berikutan skala permintaan yang tinggi dengan kesetabilan perkhidmatan disahkan pada setiap peringkat sebelum
01:05akses dipulihkan sepenuhnya.
01:08Walaupun proses itu mengambil masa lebih lama, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan perkhidmatan kembali beroperasi secara stabil.
01:15Microsoft turut berjanji menerbitkan laporan lengkap selepas insiden sebaik siasatan dalaman selesai.