00:00Naib Presiden Indonesia Gibran Raga Kuwing Raka berhasrat untuk meletakkan jawatan ketika berdepan Perditi Kayak Undang-Undang berhubung kesahian dokumen
00:08pendidikannya yang digunakan bagi memenuhi syarat pencalonan pada Pilihan Raya 2024.
00:14Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata, Gibran turut meminta peluang untuk membuktikan kesahian dokumen berkenaan di mahkamah termasuk rawaan bahawa beliau
00:22menamatkan pendidikan sekolah menengah atas
00:24seperti yang disyaratkan Undang-Undang Pilihan Raya bagi membolehkan seseorang memegang jawatan itu.
00:33Menurut Prasetyo, perkara itu dibangkitkan sepas Gibran mengadakan pertemuan selama 2.30 jam dengan Presiden Prabowo Subianto pada Selasa.
00:42Media tempatan melaporkan pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Presiden di Kompleks Widya Chandra, Jakarta.
00:48Prasetyo berkata Gibran menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan, susulan perkembangan berkaitan keputusan Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agong.
00:56Beliau berkata Gibran turut meminta diberikan peluang untuk membuktikan perkara itu menerusi proseding di Mahkamah Pentadbiran Negara.
01:03Sementara itu Gibran ketika ditemui pemberita selepas pertemuan di Istana Presiden mengadap Prabowo seperti seorang bapa dan menghargai segala nasihat
01:12yang diberikan.
01:136 Oktober lalu Mahkamah Perlembagaan menolak petisyen yang mencabar kelayakan Gibran, namun dalam alasannya Mahkamah menyatakan tidak menemukan dokumen yang
01:22membuktikan beliau menamatkan pengajian di luar negara yang setaraf dengan pendidikan sekolah menengah atas.
01:29Manakala 30 Oktober lalu Mahkamah Agong memutuskan untuk membatalkan sijil kesetaraan kelayakan sekolah menengah yang digunakan Gibran bagi mendaftarkan dirinya
01:39sebagai calon naik Presiden pada pilihan raya 2024.
01:43Perkembangan itu berlaku ketika anggota Parlimen Indonesia bersiap sedia mengemukakan usul menyatakan pendapat terhadap Gibran yang merupakan antara langkah kearah
01:52kemungkinan proses pemecatan beliau daripada jawatan.
Comments