Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan 85 Pasukan Perubatan Kecemasan membabitkan 387 anggota bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.

Category

🗞
News
Transcript
00:02Kementerian Kesehatan menyediakan 85 pasukan perubatan kecemasan membabitkan 387 anggota bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang monsoon Timur Laut 2026-2027.
00:15Pasukan itu terdiri daripada 36 pasukan penilaian pantas dan Pasukan Tindak Cepat Kesehatan, Pasukan Tindak Cepat Perubatan 34 serta Pasukan
00:26Sokongan Kesehatan Mental dan Psykosocial 15.
00:33Menurutnya pasukan akan digerakkan mengikut keperluan bagi melaksanakan penilaian risiko kesehatan, menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan kecemasan.
00:42Selain itu, pergerakan pasukan tersebut adalah untuk menjalankan surveillance serta kawalan penyakit berjangkit dan memberi sokongan kesihatan mental serta psikosocial
00:51kepada mangsa banjir.
00:53KKM turut menyediakan 128 kenderaan bagi menyokong mobilisasi anggota dan operasi di lapangan dengan bekalan ubat berkaitan banjir di gudang
01:02pembekal konsesi berada pada tahap stabil dengan anggaran untuk 1 hingga 3 bulan.
01:07Selain itu, KKM melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis CPRC Kebangsaan, Jabatan Kesehatan Negeri JKN, Pejabat Kesehatan Daerah dan Fasiliti
01:18Kesehatan di seluruh negara turut memperkukuh kesiapsiagaan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terus beroperasi khususnya di kawasan berisiko banjir.
01:27CPRC Kebangsaan berada pada tahap berjaga-jaga dari 27 Oktober dengan pembantauan situasi banjir, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dan penyelarasan tindakan
01:37respons dilaksanakan secara berterusan bersama dengan JKN serta agensi berkaitan.
01:43KKM memaklumkan turut mengenalpasti fasiliti kesihatan berisiko banjir serta fasiliti alternatif jika berlaku gangguan operasi selain perancangan pemindahan awal pesakit
01:54berisiko tinggi termasuk ibu hamil dan pesakit memerlukan rawatan hemodialisis.
01:59KKM turut mengingatkan pesakit kronik, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak supaya memastikan kesinambungan rawatan serta bekalan ubat mencukupi
02:09jika mereka perlu berpindah ke PPS.

Recommended