Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pengusaha ladang tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah operasi konvensional, khususnya ketika berdepan cabaran ladang yang semakin berusia dan keperluan pasaran yang terus berubah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Industri perladangan perlu mempercepatkan penggunaan teknologi bagi menampan impak peningkatan kos operasi, kekurangan pekerja dan persaingan pasaran global yang semakin
00:10sengit.
00:11Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ia termasuk meningkatkan automasi dan penggunaan kecerdasan buatan AI.
00:20Katanya pengusaha ladang tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah operasi konvensional khususnya ketika berdepan cabaran ladang yang semakin berusia
00:30dan keperluan pasaran yang terus berubah.
00:33Noraini berkata penanaman semula perlu dipergiat bagi memastikan hasil tanaman kekal pada tahap baik selain mengekalkan produktiviti ladang dalam jangka
00:41masa panjang.
00:42Bagaimanapun usaha tersebut memerlukan kerjasama erat antara kerajaan dengan pemain industri memandangkan proses penanaman semula melibatkan pembiayaan besar dan masa
00:53yang panjang serta perancangan yang teliti.
00:56Noraini turut menekankan kepentingan kelestarian dalam aktiviti penanaman, susulan peningkatan tuntutan pembeli antarabangsa terhadap ketelusan sumber dan proses pengeluaran produk
01:06peladangan.
01:06Katanya, persijilan minyak sawit Mampan Malaysia MSPO menjadi asas penting untuk memperkukuh pewaian industri serta memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.
01:17Beliau menambah kelestarian tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai peningkatan kos, sebaliknya sebagai satu alat yang membantu industri mengekalkan daya
01:26saing dan meningkatkan keyakinan pembeli sekiranya dilaksanakan dengan berkesan.
01:31Justru pemilik estet digalakkan bekerjasama dengan kementerian, agensi penyedidikan dan penyedia teknologi bagi menguji serta mengenalpasti penyelesaian yang sesuai dengan
01:42keperluan operasi sebenar.
01:43Terima kasih telah menonton!

Recommended