00:00Institusi sidang menjadi tunjang pelaksanaan adat istiadat Melayu di Melaka kini berdepan cabaran untuk kekal relevan serta diwarisi generasi muda.
00:09Peranan dimainkan bukan sekadar mengurus dan memelihara adat tradisi, malah menjadi penghubung antara warisan budaya masyarakat Melayu dengan generasi masa
00:18kini.
00:19Persoalannya, mampukah legasi institusi itu dipertahankan jika semakin kurang penyertaan anak muda?
00:25Syafiqah Azami di Merlimau, ada laporannya.
00:31Kapal dagang-dagis berang, sangat muatan kayu meranti, Datuk.
00:36Dari jauh, Datuk dan Tuan Puan semua datang kami di sini dalam memenanti.
00:41Menarik bukan? Inilah antara keunikan adat sidang khususnya dalam urusan meminang apabila wakil kedua-dua pihak bertemu untuk menyampaikan hajat
00:52dan berbincang mengikut aturan adat diwarisi turun termurun.
00:57Menurut yang dipertua Persatuan Pengamal Adat Melayu Melaka, Tuk Sidang Muslihin Muhammad, tersimpan tradisi dan peranan penting institusi sidang dalam
01:07kehidupan masyarakat Melayu Melaka.
01:09Di alam Melayu ini, di dalam kampung ini, sejak dulu lagi peranan sidang ini memang digunapakai sehinggalah sekarang.
01:20Kemudian, di dalam Niri Melaka pula, kerajaan Niri Melaka mula memberikan sumbangan dalam bentuk allown kepada sidang-sidang dan sidang
01:35-sidang ini pula dilantik, diberi surat pelantikan yang dinamakan tauliah.
01:40Dari mula, ia dilantik sehinggalah tamat perkhidmatannya ketika berusia 65 tahun.
01:48Cuma mungkin sekarang, perkhidmatan sidang ini mengikut penggal pilihan daya, bermakna siapa yang menjadi kerajaan,
01:59dia berhak untuk menamatkan perkhidmatan sidang dan melantik pula sidang-sidang dalam tempoh penggal pemerintahannya.
02:10Beliau berpandangan usaha memelihara institusi sidang memerlukan sokongan lebih tersusun bagi memastikan peranannya terus relevan dalam masyarakat.
02:21Jelasnya usaha itu perlu disertai pemahaman anak bangsa terhadap makna dan prinsip adat, bukan sekadar amalan semata-mata.
02:29Dalam konteks dunia masa kini, apabila masyarakat Melayu tidak lagi menggunakan kekhidmat untuk sidang dalam urusan perkahwinan, tak ada masalah.
02:40Kerana itu hak mereka.
02:43Cuma kalau kita bertakap dalam konteks adat Melayu, biarlah kita tahu dan faham adat Melayu itu sebenar-benarnya.
02:52Jangan kita ikut adat Melayu ikut-ikutan.
02:55Kerana hari ini urusan perkahwinan bukan lagi dikendalikan, bukan lagi mendapat pandangan, bukan lagi mendapat nasihat daripada tok-tok sidang.
03:05Bahkan urusan perkahwinan hari ini kita lebih suka mencari dalam bahasa Inggeris dia panggil wedding planner.
03:13Menurutnya, institusi sidang perlu diperkasa melalui pentadbiran yang lebih tersusun bagi menjamin kelangsungan adat.
03:22Justeru beliau berpandangan beberapa penambahbaikan perlu dipertimbangkan termasuk penyelarasan allow mengikut keadaan semasa serta pengukuhan sistem pentadbiran.
03:33Dan yang paling penting, dalam memperkasakan institusi adat Melayu ini, institusi adat ini mesti diletakkan di bawah satu jabatan di
03:45Alam Negeri Melaka untuk diurus kendalikan.
03:48Kerana institusi adat yang ada ini hanya bergantung kepada persatuan dan persatuan ini pula disilih berganti pemimpinnya.
04:03Kerana sebagai persatuan, sidang-sidang yang berkhidmat biasanya tidak lagi menjawab jawatan sidang dan tidak lagi berminat di dalam persatuan.
04:12Tapi institusi adat perlu dikekalkan dan dia mesti mempunyai satu organisasi pengurusan pentadbiran oleh kerajaan negeri bagi memastikan ianya terus
04:24relevan dari masa ke semasa.
04:29Cabaran meneruskan tradisi itu turut dirasai pengamal sidang generasi baharu.
04:35Bagi sidang kampung Tun Teja, Muhammad Sarif Omar, 44 tahun, menerima tanggungjawab itu pada Jun 2024 meskipun pada awalnya beliau
04:46sendiri kurang terdedah kepada adat istiadat masyarakat Melayu.
04:50Saya sendiri kurang untuk mendepani orang ramai. Jadi apabila menjawab jawatan sidang ini peringkat awal saya ada agak gugup.
04:59Jadi itu cabaran utama saya lah. Yang kedua saya kena belajar tentang adat-adat yang ada dan apa yang saya
05:06difahamkan,
05:06kita ada lebih kurang macam ada skrip ataupun ada perjalanan, ada step. Jadi saya ikut mana yang saya mampu dan
05:20kalau jika peringkat awal saya tidak boleh menghafal, saya akan membaca.
05:24Itu cabarannya lah. Apabila kita, pada saya ini satu amanah. Jadi saya nak bawakan majlis adat untuk keluarga, pihak keluarga,
05:33itu satu perkara yang besar. Jadi pada saya itu dah cukup mencabar lah.
05:38Beliau turut berpandangan generasi kini kian melupakan akar tradisi tersebut dan perlu kembali menghayati adat warisan turun termurun.
05:47Pada pendapat saya, generasi sekarang ini memang sudah jauh dengan adat lah. Dan mereka tidak terdedah dan tidak tahu.
05:56Sebab seperti yang digambarkan dan diceritakan oleh Tok Sidang Musli, memang orang sekarang ini memang banyak pelanggaran adat.
06:03Jadi pada saya sangat penting sebenarnya. Dia kena dua-dua pihak. Bagi saya, untuk orang awam, untuk orang generasi-generasi
06:13muda, dia kena ambil tahu.
06:14Kena ambil tahu kalau setiap kampung ada dunia sidangnya. Jadi apa tugas sidangnya. Jadi pihak sidang pula, kalau macam generasi
06:24muda ini, dia kena mendekatkan dirilah.
06:27Oleh itu katanya, pendedahan kepada generasi muda perlu dipertingkat dengan memanfaatkan platform media sosial sebagai medium memperkenalkan peranan sidang kepada
06:38masyarakat.
06:39Usaha mengekalkan tradisi mengingatkan kita bahawa generasi seterusnya adalah mempunyai tanggungjawab yang tersendiri untuk meneruskan adat yang sedia ada.
06:49Panas tembaga jangan dituang kalau dituang melepuh jari. Adat budaya yang baik jangan dibuang kalau dibuang binasa negeri.
06:58Syafiqah Azami bersama Juru Kamera Nasruddin Samad, Astro Awani.
07:04Terima kasih telah menonton!