Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penangguhan itu dibuat berikutan perbelanjaan pembangunan jalan luar bandar melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen setiap tahun sejak 2022, sehingga menyebabkan peningkatan komitmen kontrak dan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik ke perkembangan pertama, Kementerian Keuangan tidak pernah mengeluarkan arahan pembatalan projek jalan luar bandar sebaliknya hanya menangguhkan kontrak baharu
00:08bagi mengelakkan tunggakan bayaran kepada kontrakter terus meningkat.
00:12Penasihatkanan politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penangguhan itu dibuat berikutan perbelanjaan pembangunan jalan luar
00:20bandar melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen setiap tahun sejak 2022 sehingga menyebabkan peningkatan komitmen kontrak dan tunggakan bayaran kepada
00:31kontrakter.
00:33Penangguhan kontrak baharu juga tidak bererti projek sedia saja dibatalkan. MOF tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan projek.
00:41Kontrak baharu ditangguhkan bagi mengelakkan tunggakan bayaran terus meningkat. Itu dua perkara yang berbeza. Sebab itulah kewangan negara mesti diurus
00:53dengan cermat. Bukan sekadar meluluskan projek tetapi memastikan ada peruntukan yang mencukupi untuk membayar.
01:00Tengku Zafrul berkata dawaan bahawa peruntukan jalan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak sengaja dikurangkan perlu dinilai berdasarkan angka
01:08perbelanjaan sebenar kerajaan bagi tempoh berkenaan.
01:11Beliau berkata perbelanjaan jalan luar bandar bagi tempoh 2023 hingga 2027 termasuk peruntukan tahun ini dan tahun hadapan meningkat kepada
01:20RM11.7 berbanding RM3.7 bagi tempoh 2018 hingga 2022 iaitu hampir 3 kali ganda.
01:29Katanya di Sabah dan Sarawak sahaja perbelanjaan sebenar jalan luar bandar tahun ini mencecah RM1.41 bilion tertinggi dalam tempoh
01:3910 tahun.
01:39Di Sabah dan Sarawak sahaja perbelanjaan sebenar jalan luar bandar tahun ini mencecah RM1.41 bilion tertinggi dalam tempoh 10
01:50tahun.
01:50Sejak 2023 sebanyak RM4.6 bilion telah dibelanjakan.
01:55Setiap tahun kira-kira separuh daripada perbelanjaan jalan luar bandar seluruh negara disalurkan ke Sabah dan Sarawak.
02:04Sabah dan Sarawak tidak dipinggirkan. Sabah dan Sarawak didahulukan.
02:09Tengku Zafro berkata MOF perlu mengimbangi keperluan peruntukan semua kementerian termasuk sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar bagi memastikan
02:19komitmen kewangan kerajaan dapat dipenuhi.
02:22Beliau berkata apabila sesebuah kementerian membuat komitmen perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan, MOF perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk menampung
02:32keperluan berkenaan.
02:33Dalam hal ini, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan telah meluluskan perbelanjaan tambahan RM500 juta bagi 2026
02:42menggunakan penjimatan daripada peruntukan pembangunan kementerian lain bagi membolehkan tunggakkan bayaran kepada kontrak ter dijelaskan.
02:51Sehubungan dengan itu, Belanjawan 2027 menyediakan RM2.27 bilir bagi pembangunan jalan luar bandar manakala RM34.9 bilir diperuntukkan kepada
03:02Sabah dan Sarawak iaitu jumlah tertinggi antara semua negeri.
03:06Beliau turut mengingatkan supaya isu pembangunan di kedua-dua negeri itu tidak wajar dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak.

Recommended