Skip to playerSkip to main content
Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam rupanya beroperasi secara haram dipercayai menjalankan pemindahan gas petroleum cecair (LPG).

Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802157/berita/semasa/stor-tersorok-dalam-ladang-sawit-jadi-pusat-pemindahan-haram-lpg-subsidi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #LPG #Subsidi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam, rupanya beroperasi secara haram, dipercayai
00:09menjalankan pemindahan gas petrolium cecair, LPG.
00:14Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarahidup, KPDN Selangor, hasil risikan selama sebulan.
00:21Sinar harian yang menyertai operasi itu mendapati, lokasi terbabit terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama dan hanya boleh
00:30dimasuki dengan satu laluan sahaja sekaligus memudahkan mereka mengesan sebarang pergerakan mencurigakan.
00:38Namun perancangan tindakan pasukan operasi berjaya menahan dua pekerja di premis terbabit yang cuba bersembunyi dan melarikan diri selepas menyedari
00:47serbuan tersebut.
00:48Seorang pekerja warga Indonesia mendakwa dia mengetahui kerja di lokasi tersebut melalui rakannya dengan gaji RM1,800 sebulan.
00:58Difahamkan, lokasi itu disewa oleh seorang lelaki tempatan dengan harga RM1,000 sebulan kepada pemilik tanah.
01:05Sementara itu, pengarah KPDN Selanggo, Muhammad Hanif Asa'ari berkata sindiket itu digempur pada jam 9 pagi dan tiga individu
01:15berusia lingkungan 20 hingga 30-an berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.
01:21Katanya pemeriksaan mendapati wujud aktiviti pemindahan iaitu memindahkan gas LPG daripada tong 14 kg bersubsidi ke dalam tong LPG 50
01:32kg bagi kegunaan komersial.
01:34KPDN mengesyaki gas LPG komersial ini kemudiannya dijual kepada sektor industri pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.
01:43Beliau berkata sebanyak 207 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 dan 50 kg disita selain sebuah lori bonded dengan nilai
01:54keseluruhan RM120,000.

Recommended