Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Seorang pegawai kanan polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan menyebabkan kematian pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, tiga tahun lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pegawai kanan polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan
00:08pindaan menyebabkan kematian pelajar Muhammad Zaharif Effendi Muhammad Zamri tiga tahun lepas.
00:14Pengakuan Deputi Supertenden Muhammad Nazri Abdul Razak direkodkan dihadapan Hakim Dato' Bufindar Singh Gurcaran Singh pada akhir kes pendawaan dan
00:26beliau memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 15 Disember 2023.
00:33Nazri juga diperintahkan membayar pampasan RM50,000 kepada bapa mangsa Muhammad Zamri Zainal Abidin atau dihukum penjara setahun jika gagal
00:42berbuat demikian.
00:42Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif berhampiran sekolah menengah kebangsaan jati di Ipoh antara 11.55 pagi hingga 12.32
00:51tengah hari pada 15 September 2023
00:53dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304B Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
01:02jika sabit kesalahan.
01:04Sementara itu Zamri ketika membaca pernyataan impak mangsa di mahkamah berkata
01:08kehilangan anaknya itu satu tragedi yang amat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap diri dan seluruh keluarga.
01:17Muhammad Zaharif Effendi menurut lelaki itu masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah
01:22dan pada usia 17 tahun sepatutnya diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan mengejar cita-cita, membina kerjaya dan menikmati masa
01:31depan bersama keluarga.
01:34Zamri berharap kejadian itu menjadi perhatian sewajarnya supaya kehilangan nyawa seorang anak muda tidak dipandang ringan
01:40serta sebagai pengajaran kepada orang awam agar kejadian seperti itu tidak berulang
01:45supaya tiada ibu bapa perlu melalui penderitaan dan kesedihan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.
01:51selamat menikmati

Recommended