00:00Jabatan kustom di Raja Malaysia JKDM mematahkan cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara transit bagi menyeludup cip kecerdasan buatan AI canggih
00:10bernilai RM49.5 juta ke sebuah lagi negara Asia.
00:15Cubaan itu terbongkar selepas JKDM merampas 30 unit pelayan atau server yang mengandungi cip AI canggih di sebuah gudang dalam
00:25zon perdagangan bebas lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada 15 Oktober lalu.
00:33Pegarah JKDM KLIA Aspalilah Ejituah berkata pelayan itu dibawa masuk ke Malaysia dari sebuah negara Asia yang tidak didedahkan sebelum
00:41dirancang untuk dieksport semula ke sebuah lagi negara di Asia.
00:45Beliau berkata sindiket terbabit dipercayai cuba mengelak dikesan dengan mengisytiharkan pelayan berkenaan sebagai komponen elektronik biasa.
00:53Sindiket itu turut menggunakan Malaysia sebagai negara transit bagi memastikan tiada sekatan dikenakan ketika mengeksport pelayan berkenaan ke destinasi seterusnya.
01:04Aspalilah berkata rampasan dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi selepas pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di sebuah gudang dalam zon
01:12perdagangan bebas lapangan terbang berkenaan.
01:14Pelayan itu dianggarkan bernilai RM45 juta manakala cukai yang terbabit berjumlah RM4.5 juta menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM49
01:26.5 juta.
01:29Aspalilah mendedahkan kes itu adalah kes kelima membabitkan cip AI canggih yang dikesan tahun ini dengan nilai keseluruhan rampasan melebihi
01:37RM100 juta.
01:38Cip canggih itu juga dipercayai berupaya digunakan dalam teknologi yang berkaitan dengan pembangunan senjata.
01:45Aspalilah berkata kesemua 30 unit pelayan itu dirampas untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut manakala syarikat penghantaran barangan yang mengendalikan penghantaran
01:54berkenaan turut dipanggil bagi membantu siasatan.
01:58Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010.