Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
MCA akur dengan dua kerusi diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00MCA Akur dengan dua kerusi diperuntukkan Barisan Nasional BN kepada parti itu pada pilihan raya negeri PRN Melaka.
00:07Presidennya Datuk Seri Wika Siong berkata ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira jaminan mengenai penyertaan parti itu mewakili masyarakat Cina
00:16di Melaka tidak akan dipinggirkan.
00:20Beliau berkata jaminan itu dicapai menerusi perbincangan antara parti komponen BN yang menghasilkan perkembangan positif.
00:27Beliau berkata pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memberi maklum balas positif berhubung isu dibangkitkan MCA dan akan
00:35diterjemahkan menerusi beberapa tindakan bersama.
00:38MCA diberi jaminan representasi masyarakat Cina terutama MCA tidak akan dipinggirkan dan akan terus berperanan dengan kaedah lebih baik.
00:47Katanya paling penting ialah mengatur gerak kerja dan memastikan kemenangan untuk membentuk kerajaan yang kuat serta seimbang.
00:56Beliau berkata demikian selepas mempenguruskan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Ibu Negara pada Rabu.

Recommended