Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara, namun perlu menyelesaikan perjanjian antarabangsa terlebih dahulu.

Katanya, aspek keselamatan, kawal selia, kepakaran tenaga manusia dan kesesuaian teknologi perlu dipastikan sebelum tenaga nuklear dapat digunakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sehingga Ogos 2026, permintaan elektrik pusat data yang dikontrakkan berjumlah 2,346 MW.
00:10Manakala penggunaan sebenarnya ada sekitar 1,374 MW sahaja.
00:16Maknanya, baru 58.5% berbanding dengan apa yang telah dikontrakkan.
00:24Sebab itu, apa yang kita laksanakan ialah untuk melihat kesuruhan.
00:28Sebab itu, DCTF yang ditubuhkan akan menilai secara terperinci setakat mana permintaan dan penggunaan sebenarnya.
00:37Kadang-kadang, apa yang berlaku peringkat awal dulu, bila mereka memohon untuk mendapatkan kontrak bekalan elektrik,
00:43mereka membuat estimate berapa mereka nak.
00:46Tapi penggunaan sebenarnya bukan sebanyak apa yang dipohon.
00:50Jadi, detail itu sudah dapat dimutamakan di DCTF.
00:54Sebab itu, kita melihat sekarang ini, walaupun permintaan tinggi, tapi penggunaan sebenarnya tidak.
01:02Yang kedua, kalau kita melihat SoftBank, mereka memilih Sarawak ada 2 perkara.
01:07Satu, dari segi bekalan tenaga renewable yang mencukupi.
01:11Kedua, ialah bekalan air yang mencukupi.
01:13Sebab Sarawak banyak sungai.
01:16Jadi, mudah untuk mereka melaksanakan beberapa perkara.
01:19dan mereka memang ada keupayaan, berminat untuk membangunkan wilayah selatan Sarawak.
01:25Jadi, detail itu biarlah sehingga dimuktamadkan.

Recommended