00:00Kerajaan Perancis pada Isnin mengumumkan beberapa langkah baru bagi meredakan protes pelajar yang masih berterusan di negara itu.
00:07Antara langkah yang diumumkan termasuk menghadkan bilangan pelajar kepada 28 orang bagi kelas tertentu di sekolah menengah
00:14selain menyediakan pinjaman sebanyak 4 bilion euro atau 45 bilion dolar Amerika untuk menaik taraf sekolah.
00:24Menteri Pendidikan Edward Jafri berkata kerajaan turut membatalkan rancangan pengurangan jawatan dalam sektor pendidikan menengah
00:31selain akan menggantikan sistem kemasukan universiti yang dianggap tidak adil oleh pelajar menjelang 2028.
00:59Kerajaan turut mengumumkan pelaburan sebanyak 1 bilion euro bersamaan 1.12 bilion dolar Amerika untuk kampus universiti,
01:08peningkatan bantuan kewangan pelajar mengikut inflasi serta penambahan 15 ribu tempat pengajian tinggi.
01:14Bagaimanapun jumlah keseluruhan kos pelaksanaan langkah berkenaan belum diumumkan ketika hutang negara menghampiri
01:20120% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK.
01:24Sementara itu, pemimpin pelajar menegaskan protes akan diteruskan meskipun kerajaan mengumumkan langkah baru tersebut.
01:31Batahan itu masih belum menunjukkan tanda reda selepas keganasan melanda puluhan bandar sembilan hari lalu
01:37sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kemampuan pihak berkuasa mengawal keadaan.