Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan
00:12menerusi belanjawan 2027.
00:14Pengurusi PTPTN, Datuk Seri Nur Liza Abdul Rahim berkata, perincian pelaksanaan inisiatif itu kini dibincangkan bersama Kementerian Kewangan dan akan
00:23diumumkan dalam masa terdekat.
00:27Peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan akan diberikan penangguhan bayaran balik, manakala mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3
00:38,000 hanya perlu membayar ansuran minimum RM50 sebulan.
00:43Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2027 mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam
00:53yang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.
00:57Malah peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara konsisten layak menerima diskaun 10%.
01:05Dalam pada itu, Norliza menggalakkan peminjam yang berkemampuan untuk terus membuat bayaran balik secara konsisten bagi menikmati insentif diskaun berkenaan.

Recommended