00:00Kumpulan wang simpanan pekerja KWSP perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi selaras dengan perubahan corak
00:10pekerjaan dan cabaran kehidupan masa kini.
00:13Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata selepas 75 tahun penubuhannya, peranan KWSP tidak seharusnya tertumpu kepada pertumbuhan
00:23saiz dana semata-mata.
00:28Sebaliknya, KWSP perlu terus kekal relevan, inklusif dan memberi impak lebih besar kepada masyarakat di samping melindungi simpanan persaraan ahlinya.
00:38Menurut Amir Hamzah, ramai ahli bukan sahaja membesarkan anak-anak, malah turut menjaga ibu bapa yang semakin berusia sekaligus menjadikan
00:47keperluan kewangan mereka lebih kompleks.
00:50Beliau berkata demikian berucap pada majlis makan malam gala sempena ulang tahun KWSP ke-75.
00:58Sehubungan itu, peranan KWSP kini berkembang daripada penyedia simpanan persaraan kepada institusi yang menyumbang kepada jaminan kewangan dan kesejahteraan rakyat.
01:08Katanya, keselamatan kewangan isi rumah menjadi asas kestabilan ekonomi manakala simpanan jangka panjang membantu menyokong pelaburan dan pertumbuhan negara.
01:20Terima kasih kerana menonton!