Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Dr Khammarul Azahari Razak menjelaskan implikasinya terhadap kelangsungan perniagaan dan keupayaan PMKS untuk bangkit selepas bencana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ancaman banjir bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda, malah boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan kecil yang mempunyai keupayaan kewangan terhad.
00:10Menurut fellow penyelidik kanan Disaster Preparedness and Prevention Center, MJIIT, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Dr. Kamarul Azahari Razak,
00:19Kajian Bersama Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia mendapati PMKS mempunyai kebarangkalian lebih tinggi melaporkan kerugian kewangan akibat banjir berbanding
00:31syarikat besar.
00:32Kesan terhadap aliran tunai amat besar kerana seperti kita maklum bahawa satu-satu PKS ini bergantung kepada jualan harian, jualan
00:44bulanan dan pembekalan berterusan
00:46dan semestinya masalah aliran tunai ini akan mengganggu walaupun mempunyai pelanggan dan permintaan pasaran.
00:53Dan kesan berantai terhadap pekerjaan ini gangguan rantaian berkalan juga amat besar khususnya mereka yang berada pada sektor pertanian ataupun
01:04tanaman makanan negara.
01:06Sementara itu kajian berkenaan turut menganggarkan banjir besar dengan keberangkalian berlaku sekali dalam tempoh 20 tahun
01:12berpotensi menyebabkan kerugian ekonomi sehingga 4.1% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK menjelang 2030 sekiranya tiada langkah penyesuaian
01:22tambahan dilaksanakan.
01:24Justeru penyelesaian bersasar termasuk akses pembiayaan dan perlindungan risiko bencana dilihat penting
01:29bagi memastikan perniagaan kecil tidak terus terperangkap dalam kitaran kerugian dan pemulihan setiap kali banjir melanda.
01:37Beliau berkata demikian dalam niaga awal ini pada selasa.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended