Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Seiring ramalan MET Malaysia bahawa MTL akan bermula hari ini, kita ingin teliti risiko terhadap perniagaan, rantaian bekalan dan kewangan negara, serta langkah yang perlu diberi keutamaan bagi membina daya tahan ekonomi terhadap bencana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Monster Timur Laut MLT bukan sekadar ancaman cuaca dan banjir tetapi turut mengawal risiko besar kepada ekonomi negara.
00:07Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Dossom, kerugian akibat banjir di Malaysia mencecah RM636.9 juta pada 2025
00:14lebih membimbangkan kerugian melibatkan aset awam dan infrastruktur meningkat kepada RM380.2 juta berbanding RM303.4 juta pada tahun sebelumnya.
00:25Angka ini menimbulkan persoalan penting sejauh mana negara bersedia menghadapi impak ekonomi MTL dan adakah pendekatan sedia ada benar-benar
00:32mampu mengurangkan kerugian berulang.
00:34Seiring ramalan Matt melisir bahawa MTL akan bermula hari ini, kita ingin teliti risiko terhadap peniagaan rantaian bekalan dan juga
00:43kewangan negara
00:43serta langkah yang perlu diberi keutamaan bagi membina daya tahan ekonomi terhadap bencana.
00:48Kita mempercayakan tetamu yang sudah bersedia dalam talian untuk bantu kami faham mengenai situasi ini adalah Dr. Kamarul Azhahari Razak,
00:55Fellow Pelidik Kanan, Disaster Preparedness and Prevention Center, Universiti Teknologi Malaysia, UTM.
01:01Saya nak ucapkan terima kasih Dr. Kerana sedia meluangkan masa bersama kami.
01:04Sudah tentu kita ingin membincangkan nasib negara melalui perkara ini dan menurut Dossom sendiri, kerugian akibat banjir di Malaysia mencecah
01:11RM636.9 juta pada tahun lepas
01:14berbanding lebih RM900 juta pada 2024. Walaupun angka itu menurun, kerugian aset awam dan infrastruktur sebenarnya meningkat
01:23daripada RM303 juta kepada RM380 juta. Ini adalah peningkatan yang sangat tinggi dan menjelang MTL 2026 hingga 2027
01:33sehingga mana angka kerugian rasmi itu mencerminkan kos sebenar kepada ekonomi negara.
01:37Termasuk kehilangan produktiviti, pendapatan dan gangguan rantaian bekalan.
01:42What are we really losing from all of this?
01:46Baik, terima kasih Nina atas soalan dan saya bagi pihak DPPC mengalung-alungkan perbahasan,
02:00perbincangan berkenaan dengan isu yang diangkat.
02:06Dan kalau kita teliti benar, ada penurunan jika dibandingkan dengan rekod dan tahunan.
02:13Khususnya melihat dari segi aspek kerosakan dan kerugian ekonomi.
02:18Dan seperti yang dijelaskan sebentar tadi, dalam konteks infrastruktur awam,
02:24peningkatannya mencecah hampir 25%.
02:28Ini sesuatu yang membimbangkan kerana aset-aset awam, infrastruktur-infrastruktur ini
02:34seharusnya menyokong aktiviti harian.
02:37Jadi kita lihat kerosakan jalan raya, jambatan, saliran, kemudahan-kemudahan awam
02:44sebenarnya mempunyai kesan langsung kepada rantaian ekonomi harian.
02:51Dan jika kita teliti, kerosakan-kerosakan ini juga turut melibatkan premis-premis
02:59yang di mana kesan langsung dan tidak langsung kepada sektor ekonomi negara
03:07seharusnya perlu dipahalusi.
03:09Dan dalam konteks monsoon Timur Laut, kita harus fahami perbandingan itu dibuat secara
03:17one to one, maknanya tahun lepas dibandingkan dengan tahun ini.
03:20Tapi jika kita teliti dalam satu dekad, sesuatu yang kita gusar adalah bencana
03:26yang berskala besar.
03:27Seperti mana yang berlaku pada tahun 2021, maknanya satu tragedi bencana
03:34berupaya memberi nilai kerugian mencecah sehingga RM6.1 bilion Malaysia.
03:45Ini sesuatu yang perlu difahami dalam konteks bagaimana dapatan-dapatan,
03:49pelaporan-pelaporan statistik khususnya melihat kepada nilai-nilai
03:53kerosakan dan kerugian ekonomi ini seharusnya dibicara dan diteliti dengan baik
03:59supaya manfaat dan solusi yang lebih bersasar dibangunkan dalam erti kata
04:08bagaimana sektor-sektor ini dibangkitkan semula.
04:11Ini sesuatu yang perlu diteliti.
04:14Baik, ini adalah antara kita boleh cakap perkara serius.
04:17Kita perlu tingkatkan lagi perbincangan dan perincang bagaimana untuk kita
04:21menyelesaikan perkara ini dengan lebih cekap dan kajian baik dunia terhadap
04:241,500 peniagaan di Malaysia mendapati PKS 50% lebih berkemungkinan melaporkan
04:30kerugian kewangan akibat banjir berbanding peniagaan yang besar.
04:33Jadi bagaimana gangguan operasi dan aliran tunai boleh mencetuskan kesan
04:37berantai terhadap pekerjaan serta kelangsungan peniagaan kecil dan apa
04:42antara mekanisme bantuan sedia ada yang mampu tingkatkan dan bantu mereka
04:46pulih semula?
04:48Baik, Nina.
04:50Seperti yang kita sedia maklum, beberapa tahun lalu pihak Bank Negara dan juga
04:57Bank Dunia telah mengeluarkan laporan.
04:59Dan antara senario yang saya fikir wajar untuk diangkat pada bicaraan hari ini
05:08adalah bagaimana mereka melihat senario banjir dalam tempoh ulangan 20 tahun.
05:13Satu dalam 20 tahun banjir berupaya menyebabkan kerugian mengganggu kepada
05:19KDNK negara mencecah sehingga 4.1% pada tahun 2030 jika tiada adaptasi khusus yang
05:28dibangunkan, dilaksanakan.
05:30Ini kalau kita terjemahkan kepada bagaimana pemakaian semasa bagaimana impak dan
05:36kesan setempat amat besar dan benar hampir 5,000 lebih kajian tersebut menyentuh
05:46tentang kesan dan langsung kepada PKS yang ada mana 50% mempunyai kemungkinan
05:51besar kerugiannya akibat banjir berbanding peniagaan-peniagaan besar dan semestinya
05:58PKS antara bukti khusus bagaimana solusi bersasar itu harus dibangunkan secara
06:08terperinci berasaskan data dan kesan terhadap aliran tunai amat besar kerana seperti kita
06:15maklum bahawa satu-satu PKS ini bergantung kepada jualan harian, jualan bulanan dan
06:22pembekalan berterusan dan semestinya masalah aliran tunai ini akan mengganggu walaupun
06:27mempunyai pelanggan dan permintaan pasaran dan kesan berantai terhadap pekerjaan ini
06:34gangguan rantaian bekalan juga amat besar khususnya mereka yang berada pada sektor
06:39petanian ataupun tanaman makanan negara. Hasil kajian pihak pusat bencana UTM di
06:49DPPC MJIT beberapa tahun lalu juga meneliti bagaimana sektor sumber makanan negara sama
06:56ada petanian, peternakan dan juga perikanan mencecah hampir 50% hingga 60% kesan langsung
07:04kesan akibat daripada bencana dan khususnya bencana banjir suatu yang perlu kita lihat kerana
07:11aspek berulangan ini juga menyukar untuk sektor PKS ini bangkit dengan lebih cepat dan
07:18lebih berdaya tahan. Ini suatu yang perlu diteliti dan semestinya banyak usaha pihak kerajaan
07:24pihak-pihak NGO untuk membantu sektor-sektor yang tersepit khususnya peniaga-peniaga kecil
07:31yang menyewa premis mereka yang tidak mempunyai aset-aset untuk dijadikan cagaran
07:36kepada pihak bank untuk mereka pulih dan bangkit semula selepas bencana. Nina.
07:42Dan banjir bukan sahaja memusnahkan aset doktor malah boleh mengganggu pengangkutan
07:47pengeluaran pertanian dan juga penghantaran barangan. Jadi sejauh mana gangguan ini
07:51boleh beri kesan kepada bekalan makanan, kos operasi peniagaan dan harga pengguna
07:57dan bagaimana untuk kita bezakan kesan sebenarnya banjir daripada faktor lain yang
08:01turut mempengaruhi harga?
08:04Benar. Kalau kita teliti beberapa maklumat-maklumat, data dan juga statistik yang dikeluarkan
08:12pihak dosa boleh saya katakan nilai dan anggaran tersebut masih bersifat bertunjuk awal.
08:22ia tidak menggambarkan kesan langsung di lapangan dan satu sektor peninggaan,
08:28satu sektor peninggaan pengangkutan, logistik bagaimana impak kepada kos operasi
08:34masih lagi belum didasari oleh fakta dan data. Dan semestinya pihak UTM,
08:42manusia DPPC dan MJIT, kita berupaya meneliti beberapa data-data yang menjurus kepada
08:53beberapa tindakan-tindakan intervensi khusus. Dan jika kita teliti ya pihak dosa
09:00ada merekodkan kerugian sektor pertanian pada tahun 2025 nak dibandingkan pada tahun 2024
09:07sempat hampir tiga kali ganda penurunan. Tetapi ia tidak mencerminkan bagaimana
09:13kesan langsung kepada petani penternak yang ingin bangkit semula selepas
09:18beberapa infrastruktur-infrastruktur setempat musnah. Bagaimana ternakan-tenakan
09:23mereka terganggu. Bagaimana sistem peniagaan setempat kos-kos operasi ini
09:31menuntut beberapa intervensi khusus oleh pihak kerajaan khususnya. Ini perlu
09:36kita teliti kerana sekiranya kesan langsung ekonomi ini diukur dan kesan
09:45tidak langsung itu tidak diambil kira, kita akan ketinggalan dalam memastikan
09:50mangsa-mangsa ataupun mereka yang terjejas golongan rentan ini dibantu
09:55dengan lebih baik. Dan jika kita teliti ambil contoh sektor logistik
10:02pengangkutan, semestinya mempunyai peranan penting kerana mereka akan
10:07menghantar barang-barang mentah kepada kilang, kepada peniaga. Sekiranya jalan-jalan
10:12yang yang sedia ada ini terjejas ataupun digenangi oleh air, mengganggu
10:19penghantaran dan tempoh-tempoh ini juga akan menyebabkan contohnya sayur-sayuran
10:24ataupun ikan ini terganggu, terjejas dan kerugian ini semestinya
10:29tidak diukur secara kuantitatif dan semestinya kesan langsung kepada
10:35risiko ini akan memberi cetusan bagaimana kenaikan-kenaikan harga
10:42makanan setempat juga meningkat. Ini suatu perkara yang perlu kita
10:47teliti Nina.
10:49Doktor sebelum kita mengakhiri perbincangan kita mungkin boleh kongsikan apa
10:53antara indikator yang patut digunakan untuk mengukur kejayaan
10:56bantuan dan projek menangani bencana supaya Malaysia bukan sekadar
11:00lebih cekap mengurus banjir tapi benar-benar mengurangkan kerugian
11:04yang semakin berulang.
11:06Baik, secara ringkas banyak kayu-kayu ukur yang dibangunkan indikator
11:12parameter yang telah di terjemahkan daripada kajian kepada suatu yang
11:19kita boleh amalkan di peringkat PBT oleh agensi-agensi kerajaan, oleh pihak-pihak
11:25pemaju. Antara kayu ukur yang agak popular digunakan bagaimana kayu ukur daya tahan,
11:32rentas sektor, sektor fizikal, ekonomi, sosial, alam sekitar dan institusi telah dibangunkan.
11:39dan Alhamdulillah banyak kayu-kayu ukur ini digunapakai oleh pihak-pihak
11:45kerajaan, badan-badan bukan kerajaan bagaimana mereka mengukur tahap daya tahan
11:49satu-satu bandar, satu-satu komuniti dan dengan adanya maklumat penanda aras ini
11:57ataupun rekod-rekod yang bersasar ini seharusnya solusi-solusi ataupun intervensi
12:03khusus boleh dicadangkan ataupun dibangunkan bersama dengan pelbagai
12:12pihak pemegang taruh supaya golongan-golongan rentan mereka yang menerima
12:17impak ini dibantu khususnya bagaimana konsep build back better ini diterjemahkan
12:23dalam senario pengurusan rencana negara. Nina semestinya banyak lagi indikator-indikator
12:31yang harus diteriti dan semestinya kami amat berbesar hati untuk
12:36bekerjasama dan meneliti beberapa keutamaan-keutamaan dari konteks
12:42kajian yang seharusnya akan diterjemahkan kepada tindakan. Nina?
12:48Jelas kesiap syagaan banjir perlu dihukum melalui nyawa yang dilindungi
12:53peniagaan yang mampu bertahan dan juga kerugian berulang yang berjaya dikurangkan
12:57Perbincangan ini juga akan kita muatkan di laman web Astrawani
13:00saya nak ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Dr. Kamarul Azhahri Razak
13:04atas perkongsian yang sangat berdilai ini

Recommended