Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
MAHB berkata jumlah penumpang domestik merosot kepada 3.4 juta, manakala penumpang antarabangsa turun 2.2 peratus kepada 4.3 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatan Malaysia Airports Holdings Berhad MEHP susut kira-kira 12% kepada 7.8
00:09juta penumpang pada September 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu terutama disebabkan penurunan 21.8% dalam pergerakan penumpang domestik.
00:21MPHP berkata jumlah penumpang domestik merosot kepada 3.4 juta manakala penumpang antarabangsa turun 2.2% kepada 4.3
00:32juta.
00:35Bagaimanapun lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang mencatat peningkatan 24.1% dalam penumpang antarabangsa kepada 59,000
00:44diikuti lapangan terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh yang meningkat 16.6% kepada 31,000.
00:51Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang pula merekodkan kenaikan 5.3% kepada 348,000 penumpang antarabangsa.
00:59Bagi tempoh 9 bulan pertama 2026, operasi lapangan terbang MEHP di Malaysia mengendalikan 75.2 juta penumpang turun 2.4
01:09% berbanding tempoh sama tahun lalu namun trafik antarabangsa meningkat 4.5% kepada 41.3 juta penumpang.
01:19Laporan prestasi bulanan KLIA bagi September turut menunjukkan tahap kepuasan keseluruhan penumpang sebanyak 98.8% di terminal 1 dan
01:3099.4% di terminal 2 manakala hampir semua barisan pemeriksaan keselamatan diselesaikan dalam tempoh 10 minit.
01:38Pengarah urusan MEHP, Datuk Muhammad Izani Ghani berkata, keputusan itu mencerminkan kepentingan memperkukuh hubungan penerbangan serantau sambil mengekalkan perkhidmatan lapangan
01:49terbang yang boleh dipercayai.
01:51Beliau berkata MEHP akan bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan pelancongan untuk membangunkan laluan yang membuka lebih banyak
01:59peluang perjalanan serta menyokong aspirasi pelancongan negara.
02:04Terima kasih telah menonton!

Recommended