00:00Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Syah bertitah bahawa pandangan, teguran dan kebimbangan yang disuarakan terhadap sesuatu perkara berkaitan pentadbiran negeri
00:10bukanlah bertujuan untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.
00:15Sebaliknya, baginda bertitah perkara itu disuarakan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan rakyat sentiasa diberikan perhatian utama.
00:26Baginda bertitah, teguran juga bukan bertujuan mencetuskan pertelingkahan atau pergeseran dengan kerajaan negeri.
00:33Sebaliknya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab baginda untuk memastikan pentadbiran negeri sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan masa depan Selangor.
00:41Sultan Syarafuddin turut menzahirkan rasa duka cita apabila teguran atau titah baginda disalah tafsir oleh sesetengah pihak termasuk segelinti ahli
00:50politik seolah-olah baginda mahu mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri atau mengamalkan pemerintahan raja secara mutlak.
00:58Baginda menegaskan bahawa baginda amat memahami peruntukan undang-undang serta batas peranan dan tanggungjawab baginda di bawah sistem raja berpelambagaan
01:08dan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
01:12Baginda turut menghormati peruntukan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959 serta perlembagaan persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan dan bidang
01:21kuasa baginda sebagai sultan.
01:23Menurut Sultan Syarafuddin, sepanjang pemerintahan setiap amanah dan tanggungjawab dilaksanakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan selain percaya setiap pihak dalam
01:33kerajaan perlu menghormati dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti.