Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Isu gangguan bekalan air di Tawau dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet Sabah pada Rabu lepas agar tindakan segera diambil bagi membantu penduduk terjejas.
Transcript
00:00Isu gangguan bekalan air di Tawau dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet Sabah pada minggu lalu
00:07agar tindakan segera diambil bagi membantu penduduk terjejas.
00:12Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
00:17yang membangkitkan perkara berkenaan berkata,
00:20cuaca kering dan kekurangan hujan berpanjangan di Tawau menyebabkan sumber air mentah terjejas
00:25sehingga mengganggu operasi rawatan serta pengajihan bekalan air kepada penduduk.
00:31Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinor telah mengarahkan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah
00:37agar Jabatan Air Negeri Sabah Tawau mengambil tindakan proaktif.
00:42Ia termasuk mempergiat penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas.
00:49Selain itu, Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah Datuk Seri Dr. Juwakim Gun Salam
00:54terlalu memberi jaminan isu berkenaan dipantau serta keupayaan digerakkan
00:59bagi membantu penduduk terjejas.
01:02Gangguan bekalan air di Tawau berlaku sejak minggu lepas
01:05sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.
01:09Dalam pada itu, Nizam berkata, berdasarkan maklumat terkini,
01:13Jabatan Air Negeri Sabah Tawau, operasi loji rawatan air LRA Utara masih terjejas
01:19berikutan masalah kualiti air mentah dari Sungai Tawau.
01:24Nizam berkata penghantaran bantuan air akan diteruskan mengikut kemampuan operasi semasa
01:29dengan penyelerasan yang lebih teratur bagi memastikan kawasan terjejas mendapat perhatian.
01:35Beliau berkata masalah bekalan air tidak boleh dipandang ringan
01:39kerana ia membabitkan keperluan asas rakyat
01:41selain memberi kesan kepada urusan harian isi rumah.
01:44Terima kasih kerana menonton!

Recommended