00:00Polis Portugal bertindak menyuraikan kemah penunjuk perasaan yang membantah krisis perumahan di tengah bandar Lisbon awal pagi ahad.
00:09Operasi itu menyaksikan beberapa individu ditahan manakala sejumlah lagi dilaporkan cedera ringan.
00:17Puluhan anggota polis termasuk unit anjing pengesan digerakkan ke dataran Rosio sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.
00:23Mereka mengarahkan penunjuk perasaan mengosongkan lebih 100 kemah yang didirikan susulan perhimpunan besar-besaran pada Sabtu.
00:32Ketegangan tercetus apabila sebahagian peserta enggan beredar menyebabkan polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu.
00:39Portugal kini berdepan antara krisis kemampuan memiliki rumah paling serius di Eropah.
00:44Harga rumah meningkat lebih dua kali ganda sejak 2017 manakala kadar sewa bagi kontrak baru hampir berganda dalam tempoh sama.
00:52Bank Pusat Portugal menganggarkan negara itu mengalami kekurangan 300 ribu unit kediaman.
00:58Penunjuk perasaan turut mendesak kerajaan membatalkan rang undang-undang yang memudahkan pengusiran penyewa dan menamatkan had sewa bagi kontrak baru.
01:07Bantahan sumpama itu turut diadakan di Belgium, Perancis, Itali dan Spanyol.
01:11Terima kasih telah menonton!