00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN menyita 5,801 unit mainan sepan lembut atau squishy bernilai RM70,428.
00:12Tindakan itu dilakukan menerusi penguatkuasaan di seluruh negara kerana gagal mempamerkan tanda pematuhan standar keselamatan atau MC.
00:25Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato' Azman Adam berkata sitaan itu hasil 15 kes tindakan penguatkuasaan sepanjang pemeriksaan khas dari 1
00:33hingga 14 Oktober bagi memastikan pematuhan terhadap standar keselamatan mainan kanak-kanak.
00:39Dalam kenyataan pada ahad, beliau berkata sepanjang tempoh itu sebanyak 1,845 premis diperiksa melibatkan penghilang, pengimport, pemborong dan peruncit.
00:49Katanya KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang gagal mematuhi peraturan di
00:57bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, Kurungan Akta 599.
01:04Azman berkata KPDN akan terus mempergiat pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standar keselamatan ditawarkan di pasaran.
01:13Beliau menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa supaya sentiasa menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak.