00:00Terima kasih Nabilah atas laporan tersebut. Kita nak berada ke laporan yang seterusnya.
00:04Jurugambar Malaysia, Uji Haikal sekali lagi mengharumkan nama negara apabila meraih pengiktirafan antarbangsa pada Urban Photo Awards 2026 di Itali
00:15pada Ahad.
00:15Kali ini, beliau muncul pemenang Urban Book Award melalui buku fotografi bertajuk Why Aren't You Taking Photos Anymore?
00:25Uji atau nama sebenarnya Syed Muhammad Haikal Syed Mahbar, 41 tahun, menerima pengiktirafan itu pada Festival Trieste Photo Days di
00:34Trieste, Itali yang berlangsung pada 22 sehingga 25 Oktober ini.
00:38Kemenangan tersebut turut membuka peluang kepada buku fotografi buatan tangannya untuk diterbitkan di peringkat antarbangsa oleh pihak penganjur.
00:46Pertandingan Urban Photo Awards 2026 menerima hampir 20,000 penyertaan daripada kira-kira 5,000 jurugambar seluruh dunia.
00:54Kejayaan terbaru itu menyusul beberapa pengiktirafan antarbangsa yang diraih Uji termasuk gelaran Book Photographer of the Year pada International Photography
01:03Awards 2024 di Athens, Greece.
01:06Beliau turut meraih pingat emas pada Tokyo International Photo Awards dan Budapest International Photo Awards tahun lalu.
01:13Tahun ini, Uji juga muncul naik juara kategori Portraiture pada Exposure International Photography Awards di Syarjah Emiriyah Arab Bersatu.
01:23Menurut Uji, pengiktirafan terbaru itu membuktikan karya fotografi tempatan mampu bersaing di pentas dunia sekaligus diharap dapat memberi inspirasi kepada
01:33lebih ramai jurugambar di Malaysia.
01:35Terima kasih kerana menonton!