Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Melaka menolak politik kebencian berasaskan kaum dan agama serta memperkukuh perpaduan menjelang PRN Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Melaka menolak politik kebencian yang berasaskan kaum dan agama.
00:08Anwar berkata sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan kejayaan perjuangan kemerdekaan membuktikan bahawa kerjasama pelbagai kaum merupakan asas kekuatan negara.
00:19Menurut beliau, kejayaan yang dikecapi hari ini lahir daripada perpaduan rakyat berbilang kaum dan bukannya perjuangan satu kelompok semata-mata.
00:28Beliau berkata pilihan raya seharusnya menjadi medan untuk menjelaskan pencapaian, dasar dan perancangan kerajaan, bukannya ruang untuk menyemarakkan permusuhan politik.
00:38Anwar menegaskan kerajaan perlu dinilai berdasarkan keupayaan menyelesaikan isu yang dekat dengan kehidupan rakyat seperti kuasa hidup, pekerjaan, pendidikan dan
00:48kesihatan.
00:48Beliau turut mengingatkan perpecahan kaum boleh menjejaskan usaha negara untuk menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan AI dan ekonomi digital.
00:59Pada majlis berkenaan, Anwar mengumumkan 21 calon yang akan mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka.
01:06Beliau menyeru rakyat menilai calon berdasarkan rekod prestasi, komitmen dan kemampuan mereka dalam memajukan negeri dan menjaga kepentingan rakyat.
01:16Terima kasih kerana menonton!

Recommended