00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di kawasan Taman Perling,
00:09Johor Bahru ketika sedang bermain petang Jumaat.
00:13Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrul Anwar Nur berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,
00:21tangan dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:27Beliau dalam kenyataan barisabtu berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas tanah di bawah bangunan flat tersebut oleh penduduk
00:35setempat dan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira 5.30 minit petang.
00:41Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang bermain kejar-mengejar bersama beberapa kanak-kanak lain di kawasan koridor tingkat 10
00:49flat berkenaan sebelum menggunakan sebuah basikal untuk memanjat tembok koridor lalu terjatuh.
00:57Bedah siasat ke atas mangsa mengesahkan punca kematian akibat kecederaan terjatuh dari tempat tinggi.
01:03Polis telah mengenalpasti dan merakam percakapan empat saksi kejadian bagi melengkapkan siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.