00:00Menteri Luar Negeri dari 8 negara serantau dan Eropah mengadakan pertemuan di Istanbul pada Jumaat, menyorakan penentangan terhadap tindakan ketenteraan
00:09terhadap Iran dan menggesa pembukaan semula Selat Hormuz.
00:12Pertemuan itu menghimpunkan 4 negara serantau iaitu Turki, Mesir, Pakistan dan Arab Saudi serta 4 negara Eropah iaitu Britain, Perancis,
00:22Jerman dan Itali.
00:26Menteri Luar Turki Haqan Fidan berkata dua konflik utama di rantau itu ditambah pula dengan ancaman terhadap laluan maritim termasuk
00:33Selat Hormuz, Selat Bab El-Mandeb dan Laut Hitam telah menjejaskan bekalan tenaga, keselamatan makanan dan sistem perdagangan bebas secara
00:41amat serius sekaligus memberikan tekanan yang besar di seluruh dunia.
00:46Tambahnya mereka mempunyai pemahaman bersama tentang keperluan untuk mengadakan dialog bagi mengelakkan kemusnahan daripada merebak dengan lebih meluas.
00:55Beliau juga menyatakan keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata dan mencapai perjanjian damai menyeluruh antara Ukraine dengan Rusia di samping memastikan
01:04laluan maritim yang selamat melalui Laut Hitam.
01:07Terima kasih telah menonton!