Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin menggesa rakyat Malaysia memberi peluang kepada bakat tempatan membangunkan teknologi sendiri, tanpa menjadikan kelemahan awal produk sebagai alasan untuk terus bergantung kepada teknologi asing.

Menurut beliau, kepercayaan terhadap produk tempatan merupakan nilai tambah dalam aspek keselamatan siber, justeru kritikan membina perlu diutamakan agar inovasi tidak terbantut dan bakat Malaysia berpeluang menghasilkan teknologi yang mampu bersaing di peringkat global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya akui, untuk sesiapa sahaja yang membuat produk di peringkat awal, akan ada banyak kelemahan dia.
00:07Termasuk waste peringkat awal, ada kelemahan dia.
00:09Tapi tidak bermaksud kalau kita dah tertinggal hujung, tak payah kejarlah.
00:13Biarlah dikekal di depan, kita sentiasa di belakang.
00:16Saya harap Malaysia tidak berfikir begitu.
00:18Sebab bakat-bakat kita di luar sana, yang di negara, telah mencipta.
00:22Tapi mencipta untuk orang lain.
00:24Saya harap Malaysia melihat bahawa bakat-bakat kita perlu mencipta untuk diri kita sendiri.
00:30dan bagi mereka peluang untuk kejar secepat mungkin, supaya menjadi lebih hebat.
00:34Saya nak bawa balik kepada perkataan kepercayaan ini tadi.
00:38Sebab dalam keselamatan cyber, memang produk US ke, Israel ke, China ke, mungkin kalau kita bagi markah 95% A+.
00:47Tetapi, kita perlu tolak 95% itu dengan 10%, 15% menjadi 80%.
00:53Kenapa? 10% dan 5% itu adalah nilai kepercayaan.
00:57Percaya ke kita kepada orang lain yang buat untuk kita ini?
01:00So, bila produk kita Malaysia dihasilkan dalam kategori 80%,
01:03dah jadi setanding.
01:05Sebab ada kepercayaan di situ.
01:07So, saya faham tujuh ada kelemahan.
01:10Mungkin kesilapan kami juga bahawa hanya menyatakan tujuh sebagai satu alternatif.
01:14Tetapi ada banyak alternatif lain.
01:16Tetapi, saya harap rakyat Malaysia tidaklah terlalu kritis dan menghentam sehingga inovasi-inovasi terbantut disebabkan bakat-bakat kita nanti bila
01:27kita hasilkan produk, nanti teruk kena bantai.
01:30Tetapi, kalau nak kritis membina saya, tidak ada masalah.
01:34Tetapi, maybe ada kelemahan-kelemahan di pihak kerajaan, kita menerima dengan hati terbuka.
01:38Tetapi, hasratnya bukanlah untuk kita mengatakan,
01:42janganlah rakyat Malaysia buat apa-apa, guna je lah teknologi, kita tak mampu.
01:47Tapi, sebenarnya kemampuan kita memang hebat kalau kita beri peluang dan mereka untuk menunjukkan potensinya.

Recommended