00:00Barisan Nasional BN mahu teruskan gelombang biru di Melaka menjelang pilihan raya negeri pada 14 November ini.
00:08Pengurusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesiapsiagaan jentera parti menjadi petanda positif dalam usaha parti menghadapi pilihan raya
00:16berkenaan.
00:19Menurut Ahmad Zahid, kekuatan parti bergantung kepada kesepaduan semua peringkat kepimpinan termasuk wanita, pemuda, puteri serta generasi lama dan baru.
00:28Beliau menegaskan jentera parti perlu menyusun gerak kerja dengan teratur, merapatkan saf dan terus mendekati akar umbi bagi mendapatkan sokongan
00:36rakyat.
00:38Katanya, kemenangan tidak akan datang dengan sendirinya, sebaliknya memerlukan kerja keras untuk menambat hati pengundi.
00:45Dalam masa sama, Ahmad Zahid menyeru seluruh jentera BN di Melaka agar bergerak dengan satu tekad bagi memastikan persiapan menghadapi
00:52PRN berjalan lancar.
00:53Beliau turut merujuk pengalaman BN menghadapi pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada persiapan untuk membawa gelombang
01:01biru ke Melaka.
01:03Suruhan jaya pilihan raya menetapkan 14 November sebagai hari mengundi PRN Melaka, manakala penamaan calon dijadualkan pada 31 Oktober dan
01:12undi awal pada 10 November.
01:14Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
01:22Pakatan Harapan pula memenangi 5 kerusi manakala Perikatan Nasional memperoleh 2 kerusi.