Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa supaya akta khusus bagi pendaftaran dan kawal selia parti politik diwujudkan bagi memperkukuh ketelusan, tadbir urus serta mekanisme penyelesaian pertikaian dalam sistem politik negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti politik wajar didaftarkan dan dikawal selia menerusi akta khusus yang berasingan daripada Undang-Undang Pertubuhan Sedia Ada.
00:08Pandangan itu disuarkan Presiden Gabungan Pilihan Raya, Bersih dan Adil, Muhammad Faisal Abdul Aziz.
00:14Beliau menjelaskan, langkah itu penting bagi memperkukuh ketelusan dan tatbik urus parti politik di Malaysia.
00:23Menurut Muhammad Faisal, cadangan mewujudkan akta parti-parti politik perlu dipertimbangkan sebagai reformasi jaga panjang
00:31bagi memastikan pengurusan parti politik dilaksanakan secara lebih telus dan berintegriti.
00:38Menurut beliau, cadangan itu timbul susulan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS
00:43membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional PN yang mencetuskan pertikaian berhubung proses
00:49dan bidang kuasa badan pengawas selia parti politik.
00:53Katanya, pendaftaran parti politik di bawah Akta Pertubuhan 1966 boleh menimbulkan persoalan
01:00mengenai kebebasan pendaftaran pertubuhan daripada pengaruh eksekutif.
01:04Beliau mengambil contoh Akta Parti-Parti Politik 2011 di Kenya
01:09yang menetapkan mekanisme pelantikan pendaftaran parti politik
01:13menerusi jawatan kuasa pemilih dengan penglibatan pelbagai pihak.
01:17Menurutnya, Akta khusus itu boleh merangkumi aspek pendaftaran parti,
01:22pembentukan gabungan politik serta kawal selia kewangan.
01:26Ini termasuk kewajipan mengisytiharkan aset, perbelanjaan dan sumbangan dana politik
01:32bagi memperkukuh ketulusan pengurusan kewangan parti.
01:36Faisal turut mencadangkan penubuhan tribunal khas bagi menyelesaikan pertikaian
01:40antara ahli parti, ahli dengan parti serta anggota gabungan politik.
01:44Katanya, mekanisme itu dapat memberi ruang kepada pihak terlibat
01:48untuk mendapatkan keadilan serta memastikan hak mereka untuk didengari terpelihara.
01:55Dalam pada itu, bersih menggesa semua pihak berkepentingan termasuk pimpinan politik
02:01terlibat dalam wacana secara berperingkat bagi menilai keperluan
02:05mewujudkan akta parti-parti politik sebagai sebahagian daripada reformasi sistem politik negara.

Recommended