00:00Kerajaan Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim negeri di Kudat terus diperkukuh berikutan perkembangan aktiviti ketenteraan yang dikesan di kawasan
00:09perairan berhampiran.
00:11Ketua Menteri Dato' Sri Haji Jinor berkata langkah proaktif itu penting bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terpelihara selain menyambut
00:20baik perancangan perolehan radar berasaskan kecerdasan buatan AI dan kamera jarak jauh di perairan berkenaan menjelang 2028.
00:32Menurutnya, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim termasuk keperluan penambahan anggota keselamatan di kawasan
00:41perairan Kudat.
00:43Kenyataan media itu selepas Haji Jinor mempenguruskan Mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
00:50Kudat merupakan sebuah daerah di utara Sabah terletak lebih 180km dari Kota Kinabalu dan mempunyai titik sempadan perairan yang hampir
01:01dengan negara jiran Filipina.
01:03Terutama di kawasan perairan Pulau Banggi dan Pulau Balambangan.
01:08Haji Jinor menegaskan keselamatan merupakan asas penting dalam menjamin kestabilan negara,
01:14kelangsungan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, terutama di zon maritim strategik berangkumi Pulau Banggi serta Pulau Balambangan.
01:23Dalam pada itu, Haji Jinor mengarahkan agensi berkaitan mempertingkatkan pemantauan terhadap fenomena jerebu rentas sempadan.
01:31Yang kini melanda beberapa kawasan di Sabah, khususnya di sempadan Malaysia, Indonesia.
01:38Keadaan itu dikuatiri boleh menjejaskan kesihatan awam, aktiviti ekonomi serta kelancaran operasi pasukan keselamatan.
01:46Sekiranya tidak dipantau dan ditangani secara berkesan.