00:00Anda sedang menonton niaga awal ini bersama saya, Senahaya.
00:03Kerajaan belum memuktamadkan pelan hala tujuh gas asli NGR ke suku keempat tahun ini.
00:08Menteri Ekonomi, Akmal Nasir berkata ia bagi menyusun semula pembangunan industri,
00:12merangkumi bekalan, penetapan harga dan kawal selia pasaran.
00:18Menurut Akmal, apabila dilancarkan, pelan berkenaan perlu diterjemahkan kepada projek di lapangan,
00:23reformasi dan hasil yang boleh diukur.
00:26Pelan berkenaan dijangka menjadi perubahan penting kepada ekosistem gas asli Malaysia
00:30sejak proses liberalisasi industri bermula hampir sedekat lalu.
00:35Ia juga komponen penting dalam menyelaraskan dasar persekutuan bersama Sabah dan Sarawak.
00:41Kata Akmal, gas asli akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan fleksibiliti sistem penjanaan elektrik tempatan
00:47di samping menyokong pengeluaran industri dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi di seluruh negara.
00:52Ini kerana komoditi itu dijangka menjana 56% daripada jumlah bekalan tenaga primer Malaysia menjelang 2050,
01:00berbanding 43% ketika ini.
01:02Bila menegaskan, keselamatan tenaga berkait rapat dengan daya saing ekonomi,
01:06khususnya ketika perkembangan sektor pembuatan termaju, pusat data dan industri digital,
01:12meningkatkan permintaan terhadap tenaga yang stabil dan kompetitif.
01:15Ini disebalik gangguan perdagangan gas asli cecai antarabangsa tahun ini,
01:19yang menjejaskan ketersediaan bekalan dan meningkatkan ketidaktentuan harga di rantau ini.
01:25Bagi memperkukuhkan daya tahan bekalan,
01:27kerajaan bersetuju membangunkan Terminal Penggesan Semula Ketiga atau RGT3 di Lumut Perak oleh Petronas Gas Berhad
01:33menggunakan konsep unit penyimpanan dan penggesan semula terapung atau FSRU.
01:38Selain itu, pengagihan gas turut diperluas di Sabah,
01:42manakala empat hab gas dibangunkan di Sarawak
01:50dengan mengambil kira keperluan serta keadaan bekalan di setiap wilayah.
01:54Terima kasih telah menonton!