00:00Nilai dadah dan racun dirampas Polis Diraja Malaysia PDRM meningkat 43.63% kepada RM2.85 bilion bagi tempoh Januari
00:10hingga September tahun ini berbanding RM1.98 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
00:16Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik GSJN Bukit Aman, Dato' Husin Omar Han berkata peningkatan sebanyak RM865.45 juta itu mencerminkan
00:28usaha penguatkuasaan berterusan dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah dan penyalahgunaan bahan terkawal.
00:36Beliau berkata sebanyak 167,601 kes direkodkan dengan 186,257 tangkapan dibuat di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.
00:48Berdasarkan statistik penguatkuasaan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 23,195 kes dengan
00:5926,368 tangkapan diikuti Kedah dengan 18,843 kes dan 19,601 tangkapan serta Kelantan 18,008 kes dan 19
01:12,712 tangkapan.
01:14Husin berkata GSJN turut merampas 36,612.72 kilogram dadah dan 30,580.19 liter dadah dalam bentuk cercair selain
01:2745,382.70 kilogram dan 106,092.56 liter bahan di bawah akta racun.
01:36GSJN akan memperkukuh strategi penguatkuasaan menerusi pendekatan lebih proaktif serta kerjasama dengan agensi penguatkuasaan tempatan dan antarabangsa dengan memberi tumpuan
01:47kepada usaha memutuskan rangkaian bekalan dadah yang dikendalikan sindikat terancang.
01:51Terima kasih.
01:53Terima kasih kerana menonton!