Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Had baharu itu, yang diperkenalkan dengan sokongan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia (OJK), berkuat kuasa pada Isnin dan akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada semakan lanjut berdasarkan perkembangan pasaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kursa saham Indonesia IDX menurunkan had penolakan otomatik bagi penurunan harga saham kepada 7% daripada 15%.
00:08Langkah itu bagi membendung ketidaktentuan pasaran serta memastikan perdagangan yang teratur, adil dan cekap.
00:17Had baharu itu yang diperkenalkan dengan sokongan pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia OJK berkuatkuasa pada Isnin dan akan dilaksanakan sehingga
00:2731 Disember 2026.
00:30Langkah tersebut turut tertakluk kepada semakan lanjut berdasarkan perkembangan pasaran.
00:35IDX dalam satu kenyataan memaklumkan pelarasan itu juga bertujuan memberi peluang kepada pelabur untuk menilai dan meneliti maklumat tersedia sekaligus
00:44menyokong keputusan pelaburan lebih termaklum berdasarkan asas ekonomi Indonesia.
00:49Pada pembukaan dagangan Isnin, Indeks Komposit Jakarta JCI, penanda aras pasaran saham Indonesia, merosot 223.23 mata atau 4.31
01:01% kepada 4,961.88 mata sekaligus.
01:06Jatuh di bawah para psikologi 5,000 mata.
01:10Penurunan itu menyusuli aksi jualan besar-besaran pada Jumaat apabila JCI menjunam lebih 8% pada awal dagangan sehingga mencetuskan
01:18penggantungan dagangan selama 30 minit sebelum ditutup 11.57% lebih rendah pada 5,185.10 mata.
01:28Pergolakan pasaran itu berlaku susulan kebimbangan terhadap cadangan penyedia Indeks Global MSCI untuk mengklasifikasikan semula Indonesia daripada pasaran sedang pesat
01:38membangun kepada pasaran tersendiri.
01:41Ia berikutan isu ketelusan pembelikan saham dan tatbir urus pasaran.

Recommended