00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC serta Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengadakan pemeriksaan internet di pusat-pusat pengundian bagi menguji
00:10sistem pengecaman aksara optik kehadiran pengundi, OCRVA, untuk pilihan raya negeri Melaka pada November.
00:17Hasil pemeriksaan mendapati sebuah pusat pengundian iaitu Dewan Penyayang di Kompleks Kebajikan Lesung Batu tidak sesuai untuk menggunakan sistem OCRVA
00:27kerana kemudahan internet kurang memuaskan.
00:31Exco Science Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pusat pengundian tersebut akan dipindahkan ke
00:41Kompleks Jawatan Kuasa, Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Macap Baru.
00:46Tambah beliau, MCMC juga telah membuat laporan penuh kepada SPR mengenai tahap capaian internet di pusat-pusat pengundian lain bagi
00:55memudahkan pengurusan pada hari mengundi.
00:58Sistem OCRVA akan digunakan lebih meluas pada PLN Melaka bertujuan merekod dan menandakan kehadiran pengundi secara otomatik melalui pengimbasan maklumat
01:09pada dokumen pengenalan diri.
01:11Ia dapat mempercepat proses semakan dan rekod kehadiran, mengurangkan kesilapan penandaan manual serta meningkatkan kecekapan petugas pada hari mengundi.
01:21Projek Rintis bagi OCRVA diperkenalkan pada PLN Negeri Sembilan lalu.
01:27Hari mengundi bagi PLN Melaka ditetapkan pada 14 November, manakala penamaan calon 31 Oktober dan undi awal 10 November.