Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Asap daripada kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan dilaporkan merebak sehingga ke Jakarta, menyebabkan bacaan PM2.5 mencapai tahap tidak sihat. Penduduk dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka ketika situasi jerebu berterusan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, asap daripada kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan kini dilaporkan merebak hingga ke Jakarta, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan nasihat
00:09kesihatan kepada penduduk.
00:10Menurut Pakau Ikanat Agensi Meteorologi Indonesia, Gus Wanto, imej satelit menunjukkan asap meliputi Kalimantan dan Sumatera selalu bergerak ke arah
00:19Banten, Jawa Barat dan Jakarta.
00:22Menurut beliau, setakat ini masih belum dapat disahkan sejauh mana asap berkenaan menjejaskan kualiti udara di permukaan bumi.
00:30Data sehingga tengah hari Jumaat menunjukkan kepekatan zarah halus PM2.5 di kawasan Kemayoran, Jakarta, mencecah 67.5 mikrogram per
00:39meter padu iaitu pada tahap yang dikatakan sebagai tidak sihat.
00:44Susulan itu, Gus Wanto menasihatkan penduduk supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah termasuk bersenam di kawasan terbuka.
00:51Beliau turut menggesa orang ramai memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada zarah pencemaran di udara.
00:57Jerebu rentas sepadan akibat kepakaran hutan di Indonesia ini turut memberi kesan kepada beberapa negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.
01:06Pihak berkuasa Indonesia terus memantau perkembangan situasi sambil memperhebat usaha mengawal kebakaran.
01:12Terima kasih telah menonton!

Recommended