Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Brazil meluluskan pindaan perlembagaan yang mengurangkan minggu kerja daripada enam hari kepada lima hari seminggu. Presiden Luiz Inácio Lula da Silva menyifatkan langkah itu sebagai kemenangan besar untuk pekerja dan hak buruh di negara tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Brazil melakar sejarah baharu dalam dasar buruh apabila meluluskan pindaan perlembagaan yang menamatkan minggu kerja 6 hari dan menggantikannya dengan
00:09minggu kerja 5 hari.
00:11Presiden Luis Inacio Lula da Silva menghadiri sesi khas di Senat bagi mengistiharkan pindaan tersebut.
00:18Lula da Silva menyifatkan perubahan itu sebagai satu pencapaian besar untuk golongan pekerja serta kemajuan hak buruh di negara berkenaan.
00:25Menurut beliau, pekerja Brazil memainkan peranan penting dalam membentuk negara yang lebih adil dan inklusif.
00:32Pindaan perlembagaan itu diluluskan oleh Senat pada 14 Oktober lalu dan mengurangkan minggu kerja standar daripada 6 hari kepada 5
00:41hari seminggu.
00:42Keputusan berkenaan dilihat sebagai kemenangan legislatif penting buat Lula da Silva menjelang pusingan kedua pilihan raya presiden yang dijaduakan berlangsung
00:51pada 25 Oktober.
00:52Carangan pembaharuan buruk itu mendapat sokongan meluas merentasi spektrum politik Brazil selepas diluluskan dalam dua undian yang diperlukan di Senat.
01:02Malah lawan politik Lula da Silva dalam pilihan raya presiden, senator berharuan kanan Flavio Bolsonaro turut menyokong pindaan tersebut walaupun
01:10sebelum ini menentangnya.
01:12Penyokong reformasi berpendapat pengurangan hari bekerja mampu meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan, produktiviti serta kesejahteraan pekerja.
01:21Bagaimanapun beberapa pihak dalam sektor perniagaan menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan peningkatan kos operasi dan cabaran pelaksanaan dalam sesetengah industri.

Recommended